Loading...

Elaun Pengawas Peperiksaan SPM 2018 dibayar hujung bulan ini - Maszlee

Loading...
KUALA LUMPUR 11 Mac - Menteri pendidikan Dr. Maszlee Malik memberi jaminan elaun Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan dibayar dan diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Menurut Maszlee, beliau telah menerima aduan berkaitan kelewatan pembayaran elaun tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah menyiasat aduan tersebut dan telah meminta proses pembayaran disegerakan bagi menghargai khidmat bakti guru-guru yang terlibat.

"Tindakan sewajarnya telah diambil dan Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara kini dalam proses melaksanakan pembayaran.

"Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa proses pembayaran ini akan diselesaikan sepenuhnya pada penghujung Mac 2019.

Dr. Maslee turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana bersabar serta memohon maaf atas kesulitan yang tak dijangkakan.-UTUSAN ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Elaun Pengawas Peperiksaan SPM 2018 dibayar hujung bulan ini - Maszlee"

Posting Komentar