Loading...
Igauan Buruk Pakatan Harapan. Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis politik.
Pensyarah Universiti Malaya Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis berkata ia di saat tahap sokongan golongan itu terhadap mereka tidak begitu tinggi.
"PH harus ingat mereka menang ketika itu bukan kerana kekuatan yang ada, tetapi lawan yang cukup lemah dan berdepan pelbagai isu termasuk 1MDB," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Sin Chew Daily, Nga berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika kerjasama Umno dan PAS berjaya membentuk kerajaan.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat berpecah dengan garis kaum dan agama.
Kenyataan itu susulan kerjasama rasmi antara dua parti itu yang dimeterai 5 Mac lalu.
Igauan Buruk Pakatan Harapan
Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menegur Nga dan berkata kenyataan seumpama itu tidak akan membantu DAP untuk lebih diterima masyarakat.
"Kita harus sedar bahawa dengan hujah-hujah ekstrem tidak akan membawa DAP ke mana-mana, sebaliknya bakal meletakkan parti pada kedudukan paling sukar untuk mengubati imej yang dimomokkan selama ini," katanya.
Igauan PH
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Jeniri Amir berkata kenyataan yang negatif berkenaan Umno-PAS kerana kerjasama itu menjadi 'igauan' buat PH.
Igauan Buruk Pakatan Harapan
Katanya, dua parti itu terus menguasai sokongan orang Melayu dan justeru mengancam kerusi yang dimenangi PH dengan majoriti kecil pada PRU ke-14.
"PH tiada pilihan lain kecuali melemparkan kenyataan untuk merosakkan reputasi dua parti itu. "Ia perancangan PH namun dilihat tidak memberi kesan kepada Umno dan PAS," katanya lagi. - mk
Iklan
Loading...
0 Response to "Igauan Buruk Pakatan Harapan"
Posting Komentar