Loading...

INDOBOWL CAFE : MAKANAN DIA SEDAP-SEDAP WEH, SERIUS TAK TIPU!

Loading...

Mesti ramai penggemar indomie kan? Saya sendiri pun antara salah sorang yang sanggat mengemari indomie nie. Jadi harini saya nak kongsi dengan korang semua tentang sebuah restoran Indobowl yang menggunakan mee segera Indomie sebagai konsep makanan utama di restoran itu. Sangat menarik kerana pelbagai jenis menu diolah dan dibuat mengikut kesesuaian dari indomie yang popular tu.

Tapi bukan hanya sekadar itu, terdapat banyak lagi menu menarik lain khususnya menu-menu masakan terkenal dari Indonesia yang lain. Untuk pengetahuan korang, restoran ini merupakan restoran persendirian yang telah di propose oleh pihak Indomie sendiri untuk menggunakan produk mereka di restoran mereka.

MENU MENARIK DI INDOBOWL

Antara menu-menu yang kami oder
Memang terlalu banyak pilihan menu-menu menarik untuk di oder di sini. Saya sendiri pun pening dibuatnya. Tapi atas cadangan dari tuan kedai ni, kami pilih yang terbaik dari dapur mereka. Apa yang boleh saya katakan, apa yang kami oder semuanya tidak mengecewakan. Malah lebih dari sangkaan lagi. Apa yang lebih mengejutkan, walaupun makanan yang dioder banyak, kami berempat (4) mampu menghabiskan semua. Alhamdulillah rezeki makan makanan yang sedap kan.

Mambo Jumbo Seafood Soto
Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto (RM39.90) : Salah satu menu signature Indobowl yang korang wajib rasa. Portion dia agak besar sesuai untuk hidangan 3-5 orang. Macam-mana ada dalam hidangan ni seperti seafood, ayam panggang, telur, meatball dan sebagainya.

Nasi Ayam Madura
Nasi Ayam Madura (RM12.00) : Nasi putih dihidangkan dengan Grilled Madura style chicken cop bersama dengan kicap manis dan sambal khas. Tambah pula telur mata dan keropok pasti buat korang nak tambah lagi.

Nasi Bawang Cili Hijau

Nasi Ayam Bawang Cili Hijau (RM10.90) : Hidangan ini boleh dikatakan signature kepada makanan tradisional Indonesia kerana, hidangan Ayam Cili Hijau cukup popular di sana. Rasanya sedap, rasa bawang dan cili hijaunya memang menyengat. Dihidang pula bersama telur dadar campur taugeh, telur rebus, acar dan keropok. Memang berbaloi-baloi.

Indomie Cheesy Chicken Chop

Indomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90) : Bagi korang yang sukakan makanan berkeju, saya cadangkan korang untuk cuba menu ni. Indomie yang kenyal dihidangkan bersama ayam panggang yang diletakkan sos keju istimewa memang menyelerakan. Rasanya lebih sedap dengan tambahan telur mata dan sayur timun.



Indomie salted-egg chicken
Indomie Salted-Egg Chicken (RM11.90) : "Salted-Egg" menjadi trend sekarang!!  Indomie yang digoreng sempurna bersama telur, sambal dan juga salted egg chicken ni jadi kegilaan ramai. Memang sedap, rasa ayam yang masin-masin cukup rasa, ditambah pulak dengan sambal yang pedas pasti buat korang tambah lagi. 

RoPang Cheese

Kata pemilik restoran ni, RoPang ni masih belum di jual dan kami adalah orang yang pertama rasa menu ni. Memang rasa bertuah sangat, saya yakin dan pasti bahawa menu ni bakal jadi MELETOP di sini nanti. Ada dua perasa iaitu Jagung dan Chocolate. Jadi kalau korang datang kat sini saya memang highly recommend untuk oder menu ni. Kalau tanya saya, saya lebih suka RoPang Cheese.

Secara keseluruhannya, makanan kat sini memang best semuanya. Insyaallah kalau ada waktu kami akan datang lagi kesini untuk cuba menu lain yang ada. Kalau korang nak juga merasai keenakan Indonesian Street Food dan juga Indomie boleh la datang ke IndoBowl Cafe yang terletak di alamat :

72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel : 019-5426869

Facebook :
Instagram :
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "INDOBOWL CAFE : MAKANAN DIA SEDAP-SEDAP WEH, SERIUS TAK TIPU!"

Posting Komentar