Loading...

Keputusan STPM 2018 catat peningkatan

Loading...
Imej via Utusan
KUALA LUMPUR 11 Mac - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 mencatat peningkatan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat sebanyak 2.80 berbanding 2.76 pada tahun 2017.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, calon yang memperoleh PNGK 4.00 turut mencatatkan penambahan sebanyak 666 calon atau 1.55 peratus berbanding 485 calon (1.13 peratus) pada tahun sebelumnya.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan calon yang memperoleh PNGK 4.00, sebanyak 489 adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

“Peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas turut mengalami peningkatan bilangan calon iaitu bertambah kepada 7,129 calon (16.63 peratus) berbanding sebanyak 6,408 (14.89 peratus) pada tahun lalu.

“Bilangan dan peratusan calon yang menperoleh keputusan PNGK 3.00 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu sebanyak 18,113 calon atau 42.27 peratus berbanding 17,423 calon atau 40.48 peratus pada tahun 2017,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pengumuman Keputusan STPM dan Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Ujian Bahasa Inggeris Malaysia (MUET) dan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2018 di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Keputusan STPM 2018 catat peningkatan"

Posting Komentar