Loading...

Murid, sekolah boleh saman kilang cemar sisa toksik

Loading...
Imej via Jumpa Kat Mahkamah

Penduduk Pasir Gudang boleh fail saman ke atas kilang yang melepaskan bahan sisa toksik sehingga menyebabkan ramai yang dimasukkan ke dalam hospital akibat insiden itu.

Malah, pelajar juga boleh menyaman kilang terbabit dengan diwakili oleh ibu bapa. Itu kata peguam, Mohamad Siddiq Azani ketika dihubungi.

“Kanak-kanak atau pelajar boleh menyaman pihak kilang yang bertanggungjawab terbabit, dengan diwakili oleh wakil litigasi masing-masing. Kebiasaannya wakil litigasi kepada kanak-kanak bawah umur adalah ibu bapa atau penjaga.”
Semalam, 111 buah sekolah telah ditutup akibat daripada pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Setakat ini hampir 500 orang telah dirawat di hospital di kawasan tersebut dan bilangan dijangka akan terus meningkat.

Menurut Siddiq, pihak hospital boleh mengeluarkan laporan perubatan untuk menyokong tuntutan yang hendak difailkan oleh pelajar tersebut.
“Tetapi pelajar atau ibu bapa perlu mengenal pasti terlebih dahulu siapakah dalang di sebalik insiden ini. Maka kita perlu tunggu siasatan dilakukan oleh pihak polis untuk mengesan dan mendakwa pihak kilang yang terlibat.”

“Apabila kedapatan maklumat cukup, boleh ambil tindakan saman. Ada juga pihak yang mahu menunggu sehingga kes jenayah selesai kemudian mengambil tindakan sivil ke atas pemilik kilang. Itu terpulang, tiada masalah selagi tidak lewat di bawah had masa yang dibenarkan.” tambahnya lagi.

Semalam akhbar melaporkan bahawa pihak pemilik kilang yang bertanggungjawab membuang sisa kimia toksik tersebut akan didakwa hari ini.

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Murid, sekolah boleh saman kilang cemar sisa toksik"

Posting Komentar