Loading...

Penjawat awam sedia ada tidak akan diberhentikan - JPA

Loading...
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 hingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhentian penjawat awam atau pengisian sedia ada.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, ia hanya akan melibatkan jawatan yang tidak diisi melebihi tempoh dua tahun.
Menurutnya, pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui enam cara termasuklah penswastaan, penyusunan semula perjawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

"Pelaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

"Selain itu, proses penggantian pegawai yang berpencen masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kawalan saiz perkhidmatan awam dilaksana bagi memastikan sumber manusia dapat dioptimumkan.
Kosmo! Online semalam melaporkan saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik berkata, sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap tahun.

Sumber - K! ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penjawat awam sedia ada tidak akan diberhentikan - JPA"

Posting Komentar