Loading...

PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee

Loading...
Imej via FB KPM
7 Mac 2019 - YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sebentar tadi menghadiri majlis Sangom Kasi Lasa (Majlis Malam Setulus Kasih) di Semporna, Sabah.

Berucap di hadapan sekitar 500 hadirin, yang terdiri daripada warga pendidik dari Daerah Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu, beliau berkata, ukuran kejayaan hendaklah diukur dengan nilai yang berjaya dibina dalam diri anak-anak kita.

"Pendidikan ialah soal menginsankan individu, membentuk citra keperibadian, keunggulan akhlak, kemutiaraan tutur kata dan keluhuran pancasila (rukun kehidupan)," jelas beliau.
Oleh itu, beliau sangat berharap pihak PPD dan JPN sama-sama membantu untuk merealisasikan hasrat ini.

"Peringkat pelaksanaan merupakan peringkat yang sangat mencabar, saya tahu, dan saya sangat-sangat memerlukan bantuan daripada anda semua.

"Kesimpulannya, jika tanya kepada saya, apakah itu pendidikan, jawapan saya mudah, pendidikan ialah cinta.

"Dan saya mahu mengembalikan pedagogi cinta ke dalam pendidikan. Itulah hasrat murni, aspirasi besar yang ingin kita capai bersama, di sebalik segala perubahan yang telah, sedang dan akan kita laksanakan," kata beliau.

Turut hadir, YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah; YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan YBrs Mistrine Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Sumber: FB KPM
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPD, JPN diharap bantu suburkan "cinta" dalam pendidikan - Maszlee"

Posting Komentar