Loading...
MANA-MANA sekolah yang kawasannya mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tertentu boleh ditutup tanpa rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, penutupan itu bagaimapun haruslan mengikut standard operasi biasa (SOP) yang ditetapkan.
"Maksudnya, kita (KPM) turunkan kuasa kepada sekolah jadi tak perlu ke KPM untuk meminta kebenaran menutup sekolah atau hentikan aktiviti luar. Kami mahu mereka buat keputusan sendiri.
"Kita sudah ada SOP untuk sekolah tentukan, maksudnya bila sampai satu tahap tertentu mereka wajib menutup sekolah atau bila waktunya pula tidak boleh ada aktiviti luar," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 12 tengah hari tadi merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Rompin, Pahang dan Shah Alam.
Rompin merekodkan bacaan 151 manakala Shah Alam, 105.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, penutupan itu bagaimapun haruslan mengikut standard operasi biasa (SOP) yang ditetapkan.
"Maksudnya, kita (KPM) turunkan kuasa kepada sekolah jadi tak perlu ke KPM untuk meminta kebenaran menutup sekolah atau hentikan aktiviti luar. Kami mahu mereka buat keputusan sendiri.
"Kita sudah ada SOP untuk sekolah tentukan, maksudnya bila sampai satu tahap tertentu mereka wajib menutup sekolah atau bila waktunya pula tidak boleh ada aktiviti luar," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Rompin merekodkan bacaan 151 manakala Shah Alam, 105.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Loading...
0 Response to "Tak perlu rujuk kementerian untuk tutup sekolah - Timb. Menteri"
Posting Komentar