Loading...

TOMYAM PADU DI OMBAK DIVE CAFE PULAU PERHENTIAN

Loading...

Ombak Dive Resort  bukan sahaja mempunyai persekitaran yang baik untuk pelanggan mereka, tapi mereka juga mempunyai sebuah restoran yang cukup bagus dan mempunyai pelbagai makanan yang menarik dan sedap. Jika dilihat pada harga, ianya cukup berbaloi dengan portion yang mereka hidangkan.


Selama dua (2) malam saya stay di Ombak Dive Resort ni, memang tak pernah terfikir untuk makan di restoran or kedai makan lain walaupun banyak kedai makan yang ada di sekitarnya. Nak nak kalau bercerita mengenai menu Tom Yam dia. Memang terbaik, padu habis tau.


TOM YAM RM28.00 | Menu TomYam nya memang berbaloi dengan portion yang cukup besar. Korang boleh pilih menu TomYam Ayam, Daging atau Makanan Laut. Dua (2) kali saya oder menu sama untuk makan malam di sini. Bukan seperti kebiasaan menu TomYam yang saya pernah makan, hidangannya memang banyak dengan isi makanan laut.


OMBAK FRIED SEAFOOD NOODLE RM28.00 | Mee Goreng Sea food ni pun sedap!! Tengok sendiri dari photo kat atas texture dia yang lembut dan tidak kering, digoreng dengan seekor udang yang bersaiz besar disamping udang bersaiz sederhana dan makanan laut lain seperti sotong dan sebagainya.


FISH CURRY WITH STEAM RICE RM24.00 | Bagi korang yang gemar makan kari, korang boleh cuba menu ni. Boleh tahan rasa dia, dan yang penting isi tu banyak. Tidak sekadar kari dan sayur je.


SEAFOOD PATTAYA FRIED RICE RM28.00 | Satu lagi pilihan makananan laut yang fresh korang boleh cuba. Banyak benda ada dalam satu hidangan, iaitu Nasi Goreng Pattaya Seafood. Nasi Goreng Pattaya ni dihidang bersama sayur timun, tomato dan keropok.


BEEF PATTAYA FRIED RICE RM24.00 | Selain dari Nasi Goreng Pattaya Seafood, mereka juga ada menu Nasi Goreng Pattaya Daging. Nasi Goreng Pattaya ni dihidang bersama sayur timun, tomato dan keropok.


MIX HALF DOZEN SATAY RM23.00 | Satay daging dan ayam di hidangkan dalam satu pinggan. Bukan senang nak dapat makan sate sedap dalam pulau macam ni. Boleh makan begitu saja tanpa kuah. Tapi kalau cicah kuah tu lagi sedap hoii.


GRILLED LAMB SHOULDER RM45.00 | Selain dari menu masakan setempat, mereka juga ada menyajikan menu citarasa barat. Paling saya syorkan kat korang adalah Grilled Lamb Shoulder nie. Tuang blackpapper sauce tu, pergh memang terangkat.


CHICKEN PARMIGIANO RM38.00 | Bagi korang yang tak makan kambing, boleh cuba menu Chicken Parmigiano ni. Portion dia pun besar dan memang berbaloi dengan harga dia. Rasa pun sedap dan tak menyesal kalau oder.



PLAIN NAAN WITH TANDOORI QUARTER CHICKEN RM 30.00 | Kalau tak nak makan makanan yang berat-berat sangat, boleh cuba menu Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken.


MOCKTAIL RM20.00 | Jangan lupa untuk oder pelbagai jenis Mocktail kat Ombak Cafe ni. Yang pasti semuanya fresh dan sedap. Antara menu Mocktail yang ada adalah seperti berikut :

  • Designated Appletini
  • Mid Summer Dream
  • Sunrise
  • Virgin Pina Colada
  • Deep Blue


TEA POT RM8.00 | Bagi korang yang perlukan minuman panas seperti tea, korang boleh oder Tea Pot yang berharga RM8.00 dengan beberapa pilihan Teh seperti :

  • English Breakfast
  • Earl Grey
  • Green Tea
  • Ceylon Tea
  • Strawberry Sensation
  • Peach & Passion Fruit
  • Jasmine Tea
  • Apple Refresh


NESCAFE TARIK & TEH TARIK | Selain dari Tea Pot, korang juga boleh oder minuman panas lain seperti Nescafe Tarik yang berharga dari RM10 dan Teh Tarik yang berharga dari RM9. Sesuai sangat untuk minum petang yang santai dan boleh juga oder bread and bun yang harganya serendah RM4.

Untuk pengetahuan korang banyak lagi menu best-best yang ada dijual di Ombak Cafe ni. Apa yang bestnya, Ombak Cafe ni bukan hanya boleh diakses oleh pelanggan resort mereka sahaja tapi ia juga dibuka oleh orang luar juga untuk makan dan santai.


Dekat Ombak Cafe ni juga, mereka ada buat Wayang Pacak pada masa makan malam. Nak tahu cerita apa yang diorang akan tayang pada malam tu, korang boleh rujuk pada info board yang ada di sekitar situ. Jadi sambil makan tu boleh la berhibur kan.


Selain dari Wayang Pacak, mereka juga ada jemput orang untuk buat fire show. Memang meriah jugalah kalau makan malam kat sini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TOMYAM PADU DI OMBAK DIVE CAFE PULAU PERHENTIAN"

Posting Komentar