Loading...
Wisma Putra mengesahkan dua cedera namun tiada rakyat Malaysia yang menjadi terbunuh dalam serangan pengganas ketika sebahagian umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di Christchurch, New Zealand dan sekurang-kurang 40 orang terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid dan daripada jumlah tersebut, dianggarkan 30 kematian direkodkan daripada salah satu masjid tersebut.
Salah seorang pengganas disahkan merupakan individu berkulit putih, kelahiran Australia, bertindak melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melepaskan tembakan terhadap semua jemaah di dalam masjid.
Apa Yang Telah Berlaku?
THE GREAT REPLACEMENT
Satu manifesto berlatarbelakangkan perasaan anti-pendatang berjudul ‘The Great Replacement’ sepanjang 73 muka surat dikongsi secara berleluasa di media sosial selepas ia dikaitkan dengan penembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15/3/2019).
“Krisis penghijrahan warga luar ke dalam negara secara besar-besaran merupakan serangan terhadap orang-orang Eropah yang, jika tidak dihentikan, akhirnya akan menyebabkan bangsa Eropah diganti dan hilang sepenuhnya," antara nota yang terkandung dalam manifesto berkenaan.
Manifesto itu yang ditulis oleh Brenton Tarrant, warga Australia yang sudah dikenali sebagai salah seorang penembak di masjid berkenaan, menceritakan kebimbangan mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand.
“Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegas Brenton.
Penduduk di New Zealand merangkumi lebih 200 kumpulan etnik.
Namun, jika melihat kepada statistik penghijrahan ke New Zealand, angka berkenaan telah menurun pada tahun 2018 dan 2017 berbanding 2016.
Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh StatsNZ, pendatang luar negara menurun daripada 58,400 ke 56,230 pada hujung Disember 2018.
Bagaimanapun, perasaan anti-pendatang itu kian meningkat bukan sahaja bagi individu-individu seperti Brenton, namun juga boleh dilihat dalam undang-undang bawah kerajaan Parti Nasional.
Sekatan Kerajaan NZ Keatas Pendatang
Pada tahun 2017, kerajaan New Zealand memperkenalkan beberapa sekatan terhadap kemasukan pendatang luar antaranya menaikkan gaji minimum untuk mendapatkan visa serta menyukarkan peluang untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris.
Serangan ngeri pada skala ini belum pernah dialami oleh penduduk New Zealand, selain insiden tembakan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki menembak mati 13 orang, termasuk dua kanak-kanak berusia 6 tahun.
Berikutan itu, undang-undang senjata diketatkan sekali gus menjadikan kes pembunuhan menurun terutamanya kes melibatkan senjata.
Akhbar NYTimes melaporkan, terdapat hanya 35 kes bunuh yang berlaku pada tahun 2017.
Sejak 2007, kes bunuh menggunakan senjata kekal bawah 10 kes, selain pada tahun 2009 yang merekodkan 11 kes.
Walau bagaimanapun, tahun 2017 merekodkan pemilikan senjata sebanyak 1.2 juta di seluruh negara itu, menurut laporan Small Arms Survey.
Serangan itu, yang menurut polis telah dilakukan oleh empat orang suspek, turut dirakam oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.
Buat masa ini, polis telah menangkap tiga suspek dan masih mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri.
Kebencian Terhadap Islam
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini jelas menunjukkan sikap dan reaksi serta tindak balas hasil pemikiran Islamiphobia yang dibawa dan dihasut oleh Barat supaya orang bukan Islam membenci orang Islam.
Kita semua berdukacita atas peristiwa hitam yang berlaku dan mendoakan mereka yang terbunuh matinya diterima sebagai syahid dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amiin.
BACA INI JUGA:
-SENTIASAPANAS.COM
Brenton Tarrant.

- Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch.
- 40 mangsa meninggal dunia dan lebih 20 cedera.
- Ada mangsa berpura-pura mati semasa penyerang menerjah masjid dan melepaskan tembakan.
- PM New Zealand menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas dan tahap keselamatan ditingkatkan ke peringkat tertinggi.
- Maklumat mengenai penyerang: warga Australia, berkulit putih, berusia 28 tahun dan ekstremis berhaluan kanan.
- Penyerang merupakan ekstremis anti-imigran dan anti-Islam. Dia ada manifesto 87 muka surat.
- Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid.
- 4 individu, tiga lelaki dan seorang wanita telah ditahan.
- PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'.
- Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video serangan yang tular.
- Sekitar 300 orang dilaporkan berada di dalam masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
THE GREAT REPLACEMENT
Brenton Tarrant.
Satu manifesto berlatarbelakangkan perasaan anti-pendatang berjudul ‘The Great Replacement’ sepanjang 73 muka surat dikongsi secara berleluasa di media sosial selepas ia dikaitkan dengan penembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15/3/2019).
“Krisis penghijrahan warga luar ke dalam negara secara besar-besaran merupakan serangan terhadap orang-orang Eropah yang, jika tidak dihentikan, akhirnya akan menyebabkan bangsa Eropah diganti dan hilang sepenuhnya," antara nota yang terkandung dalam manifesto berkenaan.
Manifesto itu yang ditulis oleh Brenton Tarrant, warga Australia yang sudah dikenali sebagai salah seorang penembak di masjid berkenaan, menceritakan kebimbangan mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand.
“Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegas Brenton.
Penduduk di New Zealand merangkumi lebih 200 kumpulan etnik.
Namun, jika melihat kepada statistik penghijrahan ke New Zealand, angka berkenaan telah menurun pada tahun 2018 dan 2017 berbanding 2016.
Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh StatsNZ, pendatang luar negara menurun daripada 58,400 ke 56,230 pada hujung Disember 2018.
Bagaimanapun, perasaan anti-pendatang itu kian meningkat bukan sahaja bagi individu-individu seperti Brenton, namun juga boleh dilihat dalam undang-undang bawah kerajaan Parti Nasional.
Sekatan Kerajaan NZ Keatas Pendatang
Brenton Tarrant FB Live.
Pada tahun 2017, kerajaan New Zealand memperkenalkan beberapa sekatan terhadap kemasukan pendatang luar antaranya menaikkan gaji minimum untuk mendapatkan visa serta menyukarkan peluang untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris.
Serangan ngeri pada skala ini belum pernah dialami oleh penduduk New Zealand, selain insiden tembakan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki menembak mati 13 orang, termasuk dua kanak-kanak berusia 6 tahun.
Berikutan itu, undang-undang senjata diketatkan sekali gus menjadikan kes pembunuhan menurun terutamanya kes melibatkan senjata.
Akhbar NYTimes melaporkan, terdapat hanya 35 kes bunuh yang berlaku pada tahun 2017.
Sejak 2007, kes bunuh menggunakan senjata kekal bawah 10 kes, selain pada tahun 2009 yang merekodkan 11 kes.
Walau bagaimanapun, tahun 2017 merekodkan pemilikan senjata sebanyak 1.2 juta di seluruh negara itu, menurut laporan Small Arms Survey.
Serangan itu, yang menurut polis telah dilakukan oleh empat orang suspek, turut dirakam oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.
Buat masa ini, polis telah menangkap tiga suspek dan masih mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri.
Kebencian Terhadap Islam
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini jelas menunjukkan sikap dan reaksi serta tindak balas hasil pemikiran Islamiphobia yang dibawa dan dihasut oleh Barat supaya orang bukan Islam membenci orang Islam.
Kita semua berdukacita atas peristiwa hitam yang berlaku dan mendoakan mereka yang terbunuh matinya diterima sebagai syahid dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amiin.
BACA INI JUGA:
- Sejarah Islamofobia Sejak Zaman Awal Islam Dan Siapa Disebalik Kebencian Ini?
- Islamofobia Pencetus Perang Akhir Zaman?
-SENTIASAPANAS.COM
Loading...
0 Response to "Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch, New Zealand"
Posting Komentar