Loading...

Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang

Loading...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang. Angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, mangsa ditemui susulan pemeriksaan lanjut yang dijalankan di tempat kejadian.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang. "Setakat malam tadi, kami telah membawa kesemua mangsa keluar dari kedua-dua masjid berkenaan dan dalam proses itu kami menjumpai seorang lagi mangsa," jelasnya pada satu sidang media di sini pada Ahad.

Menurutnya, 50 lagi mangsa disahkan turut tercedera dalam tragedi tersebut dan 36 masih dirawat di Hospital Christchurch, dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Empat orang ditahan polis, namun hanya seorang warga Australia berusia 28 tahun, Brenton Tarrant, telah didakwa membunuh.

Bush memaklumkan, tiga daripada mereka telah ditahan kerana memiliki senjata api di kawasan kepungan polis pada Jumaat.

Jelas Bush lagi, manifesto yang kononnya ditulis oleh penyerang itu tidak diterima oleh polis sebelum insiden tersebut.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang


Surat yang menjelaskan sebab Tarrant melakukan serangan tersebut dihantar kepada alamat emel am dan ditujukan khas kepada pejabat Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Seorang pekerja di pejabat berkenaan telah menerima emel tersebut dan bertindak mengikut prosedur lalu merujukkan perkara itu kepada polis.

Surat berkenaan turut dihantar kepada pejabat Ketua Pembangkang dan beberapa saluran media di negara itu.

"Kami menerima emel tersebut selepas kejadian dan bukan sebelum serangan itu dilakukan," kata Bush.

Dalam masa yang sama, pesuruhjaya polis berkenaan turut memuji pasukan polis ke atas tindakan pantas mereka memberkas penyerang tersebut dalam masa 36 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Tambahnya, mereka "bertindak dengan penuh keberanian".

"Saya sangat berbangga dengan tindakan mereka. Mereka telah membahayakan nyawa mereka sendiri bagi menghalang ramai lagi terkorban dalam kejadian tersebut," jelasnya.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang


Bush turut menyatakan bahawa senarai rasmi mangsa belum lagi dikeluarkan kerana proses mengenal pasti masih dijalankan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan senarai nama mangsa buat masa ini.

"Senarai nama mangsa yang kami kumpul setakat ini adalah hasil siasatan awal pihak polis.

"Kami tidak dapat mengeluarkan senarai rasmi sehingga kesemua mangsa dikenal pasti," katanya.

BACA: Tragedi solat Jumaat: Antara mangsa serangan masjid Christchurch yang dikenal pasti

Tambahnya lagi pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka secepat mungkin sambil mengambil kira sensitiviti keluarga.

Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang. "Ramai anggota kami telah dikerah untuk memberi segala bantuan yang diperlukan oleh semua pihak," kata Bush. - awani




Iklan
Image


Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tragedi Solat Jumaat Christchurch.. Angka Syahid Meningkat 50 Orang"

Posting Komentar