Loading...

[Video APABILA ASKAR SIBER DIKETEPIKAN, Terimalah Akibatnya] Zaman UmnoBN perintah, .MELAYU ZAMAN TU SPESIS LAIN...ALIEN KOT & Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi ke? Jangan terganggu dengan retorik Umno-PAS.

Loading...
Khamis, 7 Mac 2019
「Gambar alien」的圖片搜尋結果
Tiada penerangan foto disediakan.
ZAMAN BN PERINTAH...MELAYU ZAMAN TU SPESIS LAIN...ALIEN KOT...HAHA
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Otai BERSIH
Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?
Sedikit fakta, Mengapa 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)
Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:
(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.
(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.
(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.
(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain
(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.
Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)
Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.
Cuba tngok gmbar yg di atas tu...kenalkn sape yg jd pengarah drama ni...

Jangan terganggu dengan retorik Umno-PAS, kata Ambiga

Pakatan Harapan tidak seharusnya terganggu dengan retorik persefahaman Umno-PAS, kata bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya, kata beliau gabungan PH seharusnya menumpukan perhatian mereka terhadap mempromosikan agenda untuk menyatukan rakyat berbilang kaum, memupuk keharmonian dan memperkasakan ekonomi rakyat.
Menurut Ambiga, alasan di sebalik kerjasama PAS-Umno itu adalah untuk merampas semula kuasa.
"Perlembagaan tidak bermakna apa-apa kepada mereka," katanya dalam menjawap tweet daripada pembantu ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang dan peguam Syahredzan Johan.
Syahredzan mengingatkan mengenai kemungkinan wujudnya kerajaan esklusif Melayu-Islam pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz bahawa kerjasama formal antara Umno dan PAS bermakna berakhirnya semangat berbilang budaya BN, yang mana gabungan itu diasaskan.
Sebelum itu, dalam ciapan di Twitter lalu, Ambiga berkata beliau langsung tidak terkejut dengan persefahaman PAS-Umno itu.
"Bagaimanapun, ia hak mutlak mereka. PH harus memberi tumpuan menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan menjadikan negara ini mampu berdaya saing di peringkat global," katanya.
PAS dan Umno mengumumkan ‘persandingan’ mereka susualan kejayaan dalam dua pilihan raya kecil, iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, yang menyaksikan penyatuan orang Melayu menyokong calon BN.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video APABILA ASKAR SIBER DIKETEPIKAN, Terimalah Akibatnya] Zaman UmnoBN perintah, .MELAYU ZAMAN TU SPESIS LAIN...ALIEN KOT & Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi ke? Jangan terganggu dengan retorik Umno-PAS."

Posting Komentar