Loading...

[Video Dia pergikah? Saya pun tak tahulah] Wahhh angkuh ko yer! Adakah Brenton Tarrant mengalami masalah mental? Tidak! Dia adalah seorang pengganas!

Loading...
Sabtu, 16 Mac 2019
KiniTV
Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terkejut apabila diberitahu Menteri Besar Johor Osman Sapian berkunjung ke Indonesia untuk mempromosikan sektor pelancongan ketika negeri itu berdepan krisis pencemaran toksik di Pasir Gudang. Ditemui media di Putrajaya hari ini, perdana menteri diajukan soalan mengenai kedudukan Osman. Media bertanya pandangan Mahathir atas rasa tidak senang sesetengah pihak apabila Osman dikatakan berkunjung ke Batam. "Dia pergikah? Saya pun tak taulah," kata Mahathir ringkas. Osman berada di Batam untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020 semalam. Tindakan Adun Kempas itu mengundang kritikan pihak tertentu kerana di negeri terbabit ada ribuan orang terjejas kesan pencemaran daripada pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim. Bagaimanapun Mahathir mempertahankan pendirian kerajaan Johor pimpinan Osman dalam usaha menangani isu berkenaan. Kata Mahathir, Osman mempunyai pandangan sendiri berhubung krisis berkenaan, namun beliau dan menteri besar Johor itu bersetuju bahawa tiada sebab untuk darurat diisytiharkan atau berasa panik. "Sebab kami tahu apa yang sedang dilakukan adalah langkah yang sepatutnya diambil dan situasi semasa ditangani dengan baik," katanya.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Wahhh angkuh ko yer....dasar penjajah...ko tu pun menumpang je duk New Zealand...jajah tanah orang asal sana.
Otai BERSIH
Imej mungkin mengandungi: 1 orangImej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Saya dah beberapa kali menonton filem Imperium tahun lalu. Filem berkenaan gerakan Neo-Nazi, ia mungkin berat pada sesetengah orang tapi bagi penggemar sejarah dan idealogi seperti saya maka ia harus ditonton bagi menyelami pemikiran Nazi moden. Gerakan ini wujud diseluruh dunia termasuk Malaysia.
Cara fikir mereka mirip dengan KKK (Klu Klux Klan) 100 tahun lalu, namun yang ini pula adalah versi Adolf Hitler. Ia dianggap sebagai gerakan ekstrem dan membawa mazhab pengganas dan radikal. Anti dengan immigrant terutama kaum Kulit Hitam, Muslim dan Yahudi. Persis idealogi Hitler, mengangkat kaum kulit putih sebagai aryan yang seharusnya membasmi kaum lain demi menjaga kelangsungan mereka.
Diambil dari kisah benar, filem Imperium mengisar akan seorang agen FBI lakonan Daniel Radcliffe menyamar masuk ke dalam kumpulan Neo-Nazi dan cuba mencari bukti bahawa gerakan tersebut sedang merancang aktiviti pengganas. Di akhir cerita akhirnya dia berjaya menemukan bukti tersebut dan ia ditumpaskan ketika mereka sedang sibuk memasang bom bagi melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Untuk pengetahuan, Brenton Tarrant yang membunuh 50 orang Islam di Masjid adalah seorang ahli gerakan Neo Nazi.
Adakah Brenton Tarrant mengalami masalah mental? Tidak! Dia adalah seorang pengganas!!

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Dia pergikah? Saya pun tak tahulah] Wahhh angkuh ko yer! Adakah Brenton Tarrant mengalami masalah mental? Tidak! Dia adalah seorang pengganas!"

Posting Komentar