Loading...

[Video Dr Maza: Perarakan LGBT menghairankan haiwan] Geng geng ni masuk dalam himpunan wanita buat agenda nak lawan kerajaan! Ada yang hantar ke? Najib lama hidup dalam 'kayangan'

Loading...
Isnin, 11 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Geng geng ni yang masuk dalam himpunan wanita buat agenda sendiri nak lawan kerajaan.. ada yang hantar ke?

Najib lama hidup dalam 'kayangan'

Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan.
Menurut Amin Shah Iskandar, setiausaha akhbar kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hal ini disebabkan Najib terlalu lama hidup dalam 'kayangan'.
"Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.
"Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah "deposit" sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu. 
"Mungkin disebabkan terlalu lama hidup "dalam kayangan", Najib tidak mengetahui bahawa membayar deposit bukan bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai.
"Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal," kata Amin dalam suatu kenyataan hari ini.
Justeru itu, Amin berharap Najib yang juga bekas menteri kewangan yang berhadapan 42 pertuduhan di mahkamah dapat menginsafi kesalahan yang telah beliau lakukan.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Dr Maza: Perarakan LGBT menghairankan haiwan] Geng geng ni masuk dalam himpunan wanita buat agenda nak lawan kerajaan! Ada yang hantar ke? Najib lama hidup dalam 'kayangan'"

Posting Komentar