Loading...

[Video Fantasia Bulan Madu & Si Jantung Hati] BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT! Habis Majlis tertinggi PAS kena kelentong hidup2 dengan Arulkanda Isu 1MDB & Umno, PAS dapat 'hadiah' lagu Fantasia Bulan Madu.

Loading...
Ahad, 10 Mac 2019

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Kenyataan Media
BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT
1. Insiden himpunan menuntut hak bagi kumpulan LGBT di Kuala Lumpur kelmarin adalah satu tragedi yang sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
2. Sepanjang kita merdeka hampir 62 tahun, tidak pernah terjadi tuntutan terbuka sedemikian. Pelik tapi itulah hakikatnya apabila tiada penegasan dibuat selama ini oleh pihak berwajib.
3. AMANAH menolak tuntutan kumpulan ini untuk membenarkan pengamalan dan pengiktirafan budaya Lgbt dimana ianya bertentangan dengan agama Budaya Dan nilai diri.
4. Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia apabila budaya ini cuba dicangkirkan atas nama hak asasi manusia. Islam mengiktiraf hak asasi manusia namun ianya mesti selari dengan budaya dan tuntutan naluri sejagat.
5. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyatnya. Namun hak-hak rakyatnya mempunyai had mengikut kerangka budaya resam serta agama.
6. LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya juga bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan samada di timur mahupun di barat. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT.
7. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menolak dan menangani isu dan budaya ini secara hikmah dan sihat tanpa mengorbankan keamanan dan perpaduan rakyat.
8. Usaha Dan ikhtiar perlu dilaksanakan oleh kita semua dalam mendidik dan membimbing rakyat akan kesan kerosakan daripada pengamalan budaya LGBT ini. Sistem pendidikan perlu diperkasakan, masyarakat perlu berganding bahu tanpa mengira agama bangsa dan status dalam bersama-sama mencorak negara Bangsa Malaysia yang bertamadun diukir dengan nilai akhlak dan jati diri yang luhur.
9. Saya dan AMANAH berdiri teguh dengan penegasan YAB Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia bahawa tiada tempat untuk menerima dan mengiktiraf budaya LGBT di Malaysia dan kerajaan menolak pengamalan dan budaya LGBT dalam negara ini.
10. Syabas kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana pendirian tegas tersebut menyebabkan pendokong dan penyokong LGBT membuat demonstrasi menuntut hak mereka dimana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini *di zaman BN kerana tiada penegasan dibuat sebelum ini.
11. Ayuh rakyat Malaysia kita dokong dan bersama-sama kerajaan Malaysia mempertahankan KESOPANAN Dan KESUSILAAN rakyat melalui budaya hidup sihat dan normal.
HAJI MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Malaysia Pokok Sena
3pm 10 Mac 2019/2 Rejab 1440H
Putrajaya.
Pautan berkaitan :
1MDB: PAS puas hati selepas jumpa Arul Kanda
PAS :Selepas Meeting dengan Arulkanda Isu 1MDB
Habis Majlis tertinggi PAS kena kelentong hidup2.
Masa diambil 3 jam je PAS dah faham.
Siasatan DOJ 2 tahun dlm siasatan PAS ambil 3 jam.

Apakah Ilmu dia org pakai hebat sgt ni? Masaalah kewangan yg hampir membangkrapkan negara.
Perumpamaan: Pemain Sepaktakraw nak jd Refree Ragbi.
Kah kah kah

Umno, PAS dapat 'hadiah' lagu Fantasia Bulan Madu

Rancangan antara PAS dan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan (UG) di empat negeri tidak akan berhasil memandangkan mereka hanya memperjuangan kepentingan Melayu saja.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya berkata kedua-dua parti terbabit harus sedar bahawa empat negeri yang disasarkan mereka – Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang - tidak hanya didiami orang Melayu.
Sebaliknya kata Marzuki ada kaum lain turut menjadi sebahagian daripada penduduk negeri berkenaan.
“Saya tak nak komen banyak, tapi kita kena ingat, Malaysia ini bukan hanya ada satu kaum saja.
"Dari segi logik politik, mungkin kita boleh cakap soal perjuangan tapi untuk mentadbir negeri, kita kena lihat seluruh masyarakat yang berbilang kaum.
"Takkan ada parti yang boleh mendominasi kerajaan dengan hanya satu bangsa," katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Fantasia Bulan Madu & Si Jantung Hati] BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT! Habis Majlis tertinggi PAS kena kelentong hidup2 dengan Arulkanda Isu 1MDB & Umno, PAS dapat 'hadiah' lagu Fantasia Bulan Madu."

Posting Komentar