Loading...
KiniTV
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena) membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggalakkan unsur 'samseng' di kalangan pemuda. Bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan di bawah pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) kerajaan, Mahfuz berkata arahan menteri besar itu kepada ahli-ahli Umno supaya “terbalikkan meja” di “kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan”. “Saya percaya bahawa tidak ada siapa yang menolak hasrat untuk membentuk budaya bernilai tinggi dan berintegriti, tetapi akir-akhir ini dalam sehari dua ini dia macam bertentangan dengan TN50. “Contoh apa yang disebut MB Negeri Sembilan yg disertai oleh (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin yang menghasut anak-anak muda BN supaya terbalikkan meja di kedai kopi “Saya melihat bahawa ini bertentangan dengan hasrat TN50. Ini menunjukkan bahawa TN50 ini tak lebih dari satu pembohongan kepada masyarakat dan rakyat,” katanya. Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian mencelah dan menyindir tindakan Mahfuz baru-baru ini yang menyertai AMANAH. “Pokok Sena lompat-lompat tapi tak ada soalan. Hairan, dulu dalam PAS tak buat perangai macam ini,” katanya sambil ketawa. Susulan itu berlaku pertikaman lidah membabitkan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN-Papar) dan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dengan pemimpin pembangkang. Suasana Dewan Rakyat bertambah gamat apabila Timbalan Speaker, Datuk Ismail Said berkata, “Saya jemput Pokok Sena sebab saya ingat sekarang dia lebih beramanah.” Beliau kemudian mengarahkan semua ahli parlimen agar duduk dan tidak membuat bising.
Loading...
0 Response to "[Video Mahfuz persoal video ucapan MB N9 “terbalikkan meja”, Dewan Rakyat 'kecoh']"
Posting Komentar