Loading...
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis yang sedang menyiasat skandal pembelian kapal selam Scorpene. Ia termasuklah dakwaan kaitan warga Mongolia mendiang Altantuya Shaariibuu dengan urus niaga kontroversi oleh pentadbiran BN itu. Beliau berkata kes itu kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mohamad menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkenaan sama ada kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan Perancis berhubung skandal itu. Katanya, ini kerana beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu mendapati nama Altantuya terdapat dalam beberapa kontrak berkaitan pembelian kapal selam itu.
KiniTV
Bodo la. Kikiki
Kami Viral
Mahathir ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ke Pasir Gudang petang ini untuk melawat mangsa pencemaran kimia, petang ini.
Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul lima petang, dan akan berkunjung ke hospital dan pusat operasi Pasir Gudang.
Media dimaklumkan bahawa satu acara yang sepatutnya diadakan di Putrajaya petang ini, di mana Mahathir sepatutnya menyerahkan kad keanggotaan Bersatu kepada bekas anggota parlimen Umno Sabah, telah ditangguh kepada esok.
Setakat ini lebih 900 orang terkesan oleh pencemaran kimia dipercayai akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.
Lebih 200 orang pula dilaporkan ditempatkan di hospital selepas terdedah dengang as tersebut, sementara lapan lagi di unit rawatan rapi (ICU).
Semalam Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di daerah itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Sementara itu Dewan Rakyat telah meluluskan usul tergempar untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan usul itu yang dibentang Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.
Ariff berkata usul itu akan dibahaskan bermula pukul 4.30 petang.
Loading...
0 Response to "[Video Malaysia sedia kerjasama dengan Perancis siasat Scorpene] MP Pasir Puteh (PAS) 'kena GELAK & di SORAK' di Parlimen Kah kah kah! Mahathir ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat."
Posting Komentar