Loading...
Samseng 'sambut' pengganas NZ di penjara
CHRISTCHURCH: Pengganas kulit putih, Brenton Tarrant, bakal berhadapan kesulitan dalam penjara apabila diberi amaran sekumpulan samseng bahawa dia sudah ‘ditandakan’ sebagai sasaran.
Tarrant, 28, dituduh melakukan tembakan di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu yang mengorbankan 50 jemaah.
Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley di Christchurch semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan yang keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.
Mereka berkata, apa yang dilakukan Tarrant adalah ‘salah dari segi apa sekalipun’.
Bercakap kepada akhbar tempatan New Zealand, seorang anggota kumpulan itu berkata mereka ke sekolah berkenaan untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.
“Disebabkan mereka datang ke New Zealand, mereka sebahagian daripada kami.
“Tragedi yang berlaku kelmarin amat menjijikkan, tidak perlu melakukannya,” katanya.
Seorang lagi pula berkata: “Kami ada rakan di dalam penjara.”
Beliau tidak memberi penjelasan lanjut tetap mesej berkenaan jelas.
Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.
Pegawai penjara juga mungkin dipilih dengan teliti untuk memastikan mereka juga tidak bertindak sendiri. — Agensi
BH Online.
SULTAN Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Dua Dewan Negeri Selangor Ke Empat Belas Tahun 2019, di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir
Sultan Selangor titah tutup sekolah tahfiz swasta tidak berdaftar dengan JAIS
“Beta menitahkan sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” titah baginda.
BH Online Isnin, 18 March 2019
Kalau kenyataan arahan 'tutup sekolah tahfiz tak berdaftar' dtg dr Mujahid atau menteri PH ka pasti lunyai kena lanyak dimaki hamun lebai2 PAS-UMNO dan walaun. Tetapi bila Sultan sendiri arahkan tutup sekolah tahfiz tak berdaftar, KENAPA LEBAI² PAS-UMNO & WALAUN JADI BISU ?
Loading...
0 Response to "[Video Polis rakam keterangan 3 individu isu Himpunan Hari Wanita] Mamposss Brenton Tarrant boskau..Samseng 'sambut' pengganas NZ di penjara! Sultan arahkan tutup sekolah tahfiz tak berdaftar, KENAPA LEBAI² PAS-UMNO & WALAUN JADI BISU? Kalau dtg dr Mujahid LUYAI KAU kena lanyak!"
Posting Komentar