Loading...
KiniTV.
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dijangka akan sekali lagi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin depan. Memetik Malaysiakini, menurut sumber, ini berkaitan dengan siasatan berhubung projek hibrid tenaga solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak. Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Mengikut kertas pertuduhan, jumlah RM187.5 juta itu adalah bersamaan dengan 15 peratus daripada jumlah nilai projek tetapi pendakwa menuduh Rosmah hanya menerima sebahagian kecil daripada jumlah yang diminta. Pada 15 November tahun lalu, Rizal Mansor, bekas pegawai khas Najib dikenakan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek sama. Projek solar itu adalah untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus. Menteri Pendidikan pada masa itu ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Pada 4 Oktober lalu, Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta.SOKONG DAN KOMEN FB INI,
MP NEW ZEALAND, NYATAKAN KESEDIHAN KITA PADA MEREKA....
MP NEW ZEALAND, NYATAKAN KESEDIHAN KITA PADA MEREKA....
DAP kecam serangan tembakan masjid di New Zealand
DAP hari ini mengecam serangan kejam ke atas masjid di Christchurch, New Zealand yang telah mengorbankan dan mencederakan puluhan nyawa, termasuk seorang warga Malaysia.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan ia bukan sahaja jenayah terhadap masyarakat Islam di Christchurch bahkan terhadap kemanusiaan secara keseluruhan.
“Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.
“DAP berharap agar keluarga-keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch akan dapat melalui peristiwa jenayah yang tragik ini dengan penuh kesabaran dan rasa belas kasihan terhadap mangsa-mangsa kejadian.
“Kami juga berharap agar mereka terus berada dalam keadaan sihat dan selamat, dan agar mereka yang terkesan daripada kejadian ini dapat cepat pulih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dan melepaskan tembakan rambang di dua masjid dekat Christchurch yang penuh dengan jemaah menjelang solat jumaat hari ini.
Kira-kira 40 jemaah terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan tersebut.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, DAP percaya kerajaan New Zealand sedang melakukan yang terbaik bagi memastikan keadaan terkawal dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“DAP juga berharap agar rakyat Malaysia yang tercedera dalam serangan ini selamat dan akan cepat sembuh.
“Doa dan harapan kami agar rakyat Malaysia dan masyarakat di Christchurch yang terperangkap dalam serangan ini kekal selamat,” ujarnya. – Roketkini.com
Loading...
0 Response to "[Video Rosmah Mansor ke SPRM lagi minggu depan] DAP kecam serangan tembakan masjid di New Zealand."
Posting Komentar