Loading...
Otai BERSIH
Senator Fraser Anning di tepek kepala dengan telur ketika memberi ucapan pada hari ini berikutan kenyataannya yang tidak SENSITIF & BIADAP terhadap mangsa pembunuhan di Christchurch Mosque.
Padan muka, Memang terbaik...
Buletin Utama kini Live di Youtube.
Ketiga-tiga warganegara Malaysia yang terlibat dalam serangan tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, semalam masih hidup dan sedang mendapatkan rawatan lanjut.
Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus berkata, semua pihak diminta untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu.
“Ketiga-tiga mangsa tembakan warganegara Malaysia masih hidup. Saya mencela individu-individu yang menyebarkan berita palsu kematian mereka.
“ Rahimi Ahmad stabil setakat ini namun masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang serpihan.
“Tidak pasti serpihan peluru, tulang atau lain-lain dan saya menceritakannya atas keizinan isteri Rahimi,”katanya dalam Facebook miliknya hari ini.
Katanya lagi, kini Rahimi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keluarganya bersama exco Pulau Pinang dalam perjalanan ke hospital tersebut.
“Kebetulan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat lawatan mengejut (ke hospital) dan beliau turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku,” katanya.
Katanya, Nazril Hisham Omar pula menerima rawatan di wad biasa dan ditemani anaknya yang berusia 17 tahun selepas beliau menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
“Gambar dan butir kecederaan saya tidak dedahkan kerana tidak mendapat kebenaran pesakit yang masih tidur.
“Seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd. Tarmizi Shuib pula masih menjalani pembedahan dan saya belum menemuinya,” katanya.
Pegawai Perubatan itu menambah, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat yang lebih terperinci kerana terikat dengan prinsip menjaga kerahsiaan pesakit dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video serangan serta berita yang belum disahkan.
sumber - Mohamad Firdaus
Loading...
0 Response to "[Video Senator Australia ditepek telur sebab salahkan muslim] Buletin Utama kini Live di Youtube & Ketiga-tiga mangsa tembakan warganegara Malaysia masih hidup."
Posting Komentar