Loading...

[Video Tun M: Zaman Umno BN, Penjawat Awam pakai baju biru! Kah kah kah] Rusuhan kaum boleh berlaku jika isu perkauman dan fitnah terus dimainkan UMNO-Pas! Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong

Loading...
Selasa, 12 Mac 2019
Rusuhan Kaum Boleh Berlaku Jika Isu Perkauman Serta Fitnah Dimainkan Oleh UMNO-Pas.
Isu perkauman sering dijadikan bahan untuk dimainkan oleh sesetengah pihak keatas kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang mana jika berlarutan akan menyebabkan rusuhan kaum di negara ini.
Image may contain: 2 people, text that says 'Umno pandir dan lebai malang Pas ingat Tun M tak boleh baca tipudaya mereka konon sokong PH. Pi jalan dah... Moga SPRM giatkan siasatan tiada maaf bg pengkhianat amanah Lepas PAS, Umno pula umum sedia sokong Dr M'

Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong

Kerajaan Malaysia sedia menghulurkan bantuan dalam pendengaran kes yang sedang berlangsung di Perancis berkaitan skandal kapal selam Scorpene, maklum timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Liew mengesahkan telah bertemu dengan dua peguam dari Perancis yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Suaram.
Peguam ini akan memfailkan satu tindakan undang-undang di Perancis berkaitan pembelian kontroversi dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada 2002.
"Ya, mereka (peguam) datang. Kita berharap bahawa Malaysia boleh lakukan sebanyak yang mungkin untuk memudahkan kes di Perancis itu.
"Kami sedang meneliti kes-kes di mahkamah Perancis buat masa ini," katanya sambil menjelaskan beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertemuan itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan dua peguam Perancis - William Bourdon yang pernah disenaraihitamkan dari memasuki negara ini sewaktu pentadbiran BN, dan rakan sejawatnya Apoline Cagnat - berada di Kuala Lumpur sejak 10 hingga 12 Februari lalu.
"Buat masa ini, kes Scorpene sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
"Jadi, ia bukan lagi dalam pemantauan kementerian pertahanan. Ia sedang dipantau oleh SPRM," katanya.
Pada Julai 2017, mahkamah Perancis mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda, iaitu individu yang rapat dengan Najib Razak.
Ketika pembelian kapal tersebut dibuat pada Jun 2002 Najib merupakan menteri pertahanan.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Tun M: Zaman Umno BN, Penjawat Awam pakai baju biru! Kah kah kah] Rusuhan kaum boleh berlaku jika isu perkauman dan fitnah terus dimainkan UMNO-Pas! Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong"

Posting Komentar