Loading...
Gambar hiasan |
Mangsa yang juga guru berusia 47 tahun mendapat pesanan di laman sosial Facebook (FB) mengenai pakej pelancongan di dalam dan luar negara pada harga murah.
Beliau berkata, suspek mendakwa dia pemilik sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara pada harga murah.
“Mangsa yang berminat dengan pakej murah itu membuat bayaran melalui akaun bank miliknya secara ansuran.
“Bayaran ansuran itu dimasukkan ke dalam akaun suspek sehingga 29 Oktober 2018 berjumlah RM7, 000,” katanya.
Noorzainy berkata, berdasarkan pakej yang ditawarkan, dia dan tiga anaknya sepatutnya ke Maldives 24 Mac dan pulang 29 Mac lalu.
Menurutnya, selepas kejadian itu suspek gagal dihubungi hingga kini dan mangsa juga ada menghubungi syarikat pelancongan tempat wanita itu bekerja namun gagal.
Katanya, mangsa membuat laporan polis 3 April lalu selepas ramai lagi individu mendakwa ditipu suspek.
Noorzainy berkata, polis kini sedang mengesan wanita dikenali Siti Aida Ashari dengan alamat terakhirnya di Seri Kembangan, Selangor bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Loading...
0 Response to "Guru dan anak berputih mata"
Posting Komentar