Loading...

INGATKAN GAMBAR KEK TADI, RUPANYA GAMBAR ORANG BETUL

Loading...
Haritu masa dok godek-godek Instagram features ternampak satu gambar ni, mula-mula ingatkan kek Barbie. Tapi bila buka dan tengok betul-betul rupanya gambar manusia betul. Dan apa yang buat saya lagi teruja, gambar tu rupanya milik seorang wanita dan kakak kepada artis popular Emma Maembong iaitu Bella (@izubielazaffmarekan).


Foto wanita dalam persalinan ball gown skirt rona emerald green itu bukan saja mengagumkan ramai kerana gaun yang dipakainya super cantik, malah raut wajah persis patung Barbie dan kulit putih gebu, ditambah pula dengan gaya posing bersahaja, sehingga benar-benar terlihat seperti kek patung!

Sumber Instagram @izubielazaffmarekan

Ramai juga netizen yang perasan hal yang sama. Malah pelakon dan pengacara Zoey Rahman juga ada meninggalkan komen di bahagian ruangan entri Instagram milik @izubielazaffmarekan . Komen Zoey, “ingatkan patong kek".

Selain disangkakan kek patung, wanita yang juga pengasas produk Puteh Gebu DBella ini turut dihujani pelbagai komen mencuit hati! Izubiela sebelum ini pernah tular dengan kisah Barbie-Susuk 1 Juta yang diterbitkan akhbar Metro Ahad tahun lalu dan Barbie Masuk Pasar.

Penularan kisahnya itu turut memberikan Bella idea untuk menghasilkan produk penjagaan wajah iaitu Susuk 1 Juta Skincare dan Izubiela 5th Whitening Booster.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "INGATKAN GAMBAR KEK TADI, RUPANYA GAMBAR ORANG BETUL"

Posting Komentar