Loading...

Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair

Loading...
Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair. PH dan DAP perlu menjunjung semangat raja perlembagaan, kata exco DAP Johor Tan Hong Pin.

Kenyataan Adun Skudai itu dibuat selepas beliau dan Adun Bersatu Mazlan Bujang didakwa akan digugurkan daripada jawatan exco negeri. Sumber memberitahu Malaysiakini pihak istana Johor kurang berkenan dengan kedua-dua Adun ini.

Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair. "Saya harap rombakan exco negeri akan memberi manfaat kepada rakyat dan bukan pihak lain yang mempunyai kepentingan.

"Kepimpinan negari yang disusun semula perlu lebih baik, berani dan tegas dalam mendorong agenda reformasi PH demi kepentingan rakyat Johor.

"Saya berharap pemimpin DAP dan PH, pada saat transformasi nasional yang kritikal ini dapat menegaskan semangat raja perlembagaan dan mempertingkat perubahan demokrasi," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Sehari sebelum Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor, dilaporkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menetapkan prasyarat supaya MB baru merombak exco.

Tak dibuli oligarki

Sahruddin yang menggantikan Osman Sapian sebagai menteri besar turut membayangkan akan berlakunya rombakan exco tetapi berkata ia perkara biasa bagi seorang pemimpin baru untuk memilih barisan pasukannya.

Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair


Dalam kenyataannya, Tan juga menyentuh legasi yang akan ditinggalkan buat generasi mendatang.

"Adakah Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas dan setara atau cuma sekadar pilihan raya pada kulitnya tanpa pengisian demokratik atau negara berperlembagaan tanpa semangat perlembagaan?

"Kami perlu memastikan generasi akan datang kami hidup dengan bermaruah dan tidak dibuli oleh oligarki," katanya lagi.

Tan berkata akan menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan DAP sambil menjelaskan beliau masih belum menerima berita mengenai statusnya sebagai ahli exco.

"Sekiranya saya diganti, saya akan menjadi exco pertama yang akan digugurkan pada pertengahan penggal pentadbiran sejak DAP pertama kali menjadi sebahagian daripada kerajaan, bermula di Pulau Pinang dan Selangor.

"Saya tidak tahu apa sebabnya (digugurkan). Adakah saya berasa bangga atau sedih kerana memegang rekod sejarah sedemikian?" Soalnya.

Pada 2017, Tan ketika itu menjadi Adun Mengkibol, secara terbuka tidak bersetuju dengan Sultan Ibrahim yang tidak memberikan perkenan prosiding dewan negeri disiarkan secara langsung.


Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair


Selepas PRU14, apabila PH membentuk kerajaan Johor, Tan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi.

Tan juga turut terlibat dalam kontroversi melibatkan ahli majlis tempatan Iskandar Puteri, yang mengeluarkan surat rasmi kerajaan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Sultan Ibrahim mengkritik surat tersebut. Tan kemudian menjelaskan surat itu turut dikeluarkan dalam bahasa Melayu tetapi hanya versi Mandarin dan Inggeris diedarkan di media sosial.

Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair. Setiausaha DAP Johor itu juga memohon maaf secara terbuka bagi pihak ahli majlis tempatan dari Majlis Bandaran Pontian yang mengkritik pihak istana Johor kerana menukar status Pulau Kukup daripada taman negara kepada tanah kesultanan. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 



Iklan
Image
Image
Image


Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kisah Dari Negeri Selatan Tanahair"

Posting Komentar