Loading...

[Live DUN Perak April 2019] Sokong UMNO, sendiri susah! Luahan hati seorang guru Melayu..Mereka yang orang panggil kafir tu, adalah anak- anak saya juga!

Loading...
Rabu, 17 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, teks
Anak muda susah payah bayar PTPTN, anak menteri UMNO pula dibayar oleh Yayasan Khazanah. Sokong UMNO, sendiri susah!
Apa yg ditulis oleh seorang guru ini turut mengalirkan air mata saya. Saya C n P shj dari sebuah whatsapp grp. Saya kongsi disini dan anda yang baca boleh muhasabah diri sendiri, adakah ada empati dalam hati anda?? Saya juga pernah didatangi kes seperti ini dahulu dan saya rasa sungguh tidak berupaya utk membantu kerana wujudnya polisi yg tidak adil.

Firdaus Ang:
Luahan hati seorang guru berbangsa melayu.

Izinkan saya berkongsi rasa.

Kadang- kadang saya rasa sangat sedih dan takut membaca perkongsian rakan- rakan mahupun netizen di WA dan FB.

Ya Allah, api kebencian dan ketakutan seolahnya cuba disebarkan atas tiket kedaulatan bangsa dan agama.

Maaf. Ini yang saya rasa.
Saya hormati pandangan sahabat yang berbeza. Mohon sahabat hormati juga perasaan saya.

Pernah ketika membaca komen dan terpancar betapa bencinya netizen dengan keputusan Dr Maszlee memberikan tawaran melanjutkan pengajian kepada anak- anak pintar keturunan Tionghua dalam golongan B40( tanpa mengambil hak bumiputera ), saya tak dapat menahan air mata dari tumpah.

Kerana ia mengingatkan saya saat saya menangis sungguh- sungguh sebelum itu mengenangkan nasib seorang anak murid keturunan tionghua yang gagal mendapatkan tempat di mana- mana pusat pengajian tinggi sedangkan beliau adalah pelajar terbaik sekolah.

Saya menangis kerana pelajar ini datang jumpa saya dan tanya:

"Teacher, saya ingat pesan teacher suruh belajar sungguh- sungguh. Teacher tahu saya belajar sungguh- sungguh, kan? Saya dah tunaikan janji saya pada teacher. Pada sekolah dan ibu bapa saya. Saya nak jadi doktor, teacher. Tapi kenapa kawan saya yang dapat lebih rendah daripada saya dah dapat tawaran matrik dan UPU.
Sebab saya orang cina ke? Saya tak minta lahir jadi orang cina , teacher. Tuhan letak saya dalam perut ( maksud beliau rahim) orang cina. Salah saya ke?"

Makin saya peluk anak ini, makin laju air mata saya.
Ini anak saya. Anak yang dianaktirikan oleh sistem yang kita cipta.

Lebih memilukan hati saya, anak manis ini hanyalah anak miskin yang hampir mustahil akan dapat peluang ke universiti swasta juga kerana ayahnya tak punya harta.

Anak inilah pengubat jiwa saya kerana dia akan hantar latihan yang dibuat sendiri untuk saya semak sedangkan anak- anak melayu Islam saya masih bermalas- malasan mahu siapkan kerja rumah yang saya bagi. Apatah lagi mahu buat latihan sendiri.

Saya rasa ramai yang tidak faham jiwa guru yang ada dalam diri saya dan diri Dr. Mazslee.
Ini anak- anak kami.
No one can be left behind.

Mereka yang orang panggil kafir tu, adalah anak- anak saya. Yang saya kasih sebagaimana saya kasihkan anak bangsa saya sendiri.

Kemudian, Allah uji saya lagi.
Semua pelajar dalam satu kelas yang saya ajar, dapat tawaran ke Pusat Matrikulasi, universiti ataupun politeknik kecuali seorang.
Anak manis ini lebih cemerlang berbanding rakannya dan lebih rajin.

Setelah saya semak, baru saya perasan, anak ini muslim tapi mereka masuk islam sekeluarga sewaktu dia masih kecil dan mereka keturunan cina. Golongan B40 juga.
Kalau anak yang pertama tadi kafir, anak ini muslim, teman- teman. Muslim.

Allah, moga Allah ampunkan dosa saya kerana saya tak mampu bantu anak- anak saya yang merasa mereka teraniaya.
Mohon izin untuk berbeza pandangan dengan Tuan dan Cik Puan.

Mohon izinkan saya untuk membantu membina negara ini tanpa rasa assabiyyah bangsa, racist dan seumpamanya.
Saya mahu sayang semua anak saya . Tak kira mereka putih, hitam, sawo matang atau kuning langsat.
Mereka buat saya senyum bahagia bila dalam kelas Bahasa Inggeris saya mereka kata :

"Teacher, ceritalah lagi pasal kisah nabi. Kami suka."
Ya itu kata mereka. Anak Muslim dan anak Not-Yet - Muslim saya.

Terima kasih, teman- teman kerana sudi membaca.
Cerita ini saya tulis bersama linangan air mata.

Moga anak- anak saya akan terus mendapat hak mereka.
Tuan dan Cik Puan yang sudah ditampuk kuasa, mohon bantu anak- anak saya.

Ya. Anak- anak saya.
Anak-anak muslim dan anak - anak saya yang mereka panggil kafir juga. Mereka ada tanggungjawab dan mereka juga ada hak.
Begitu juga kita. Kita jalankan tanggungjawab kita dan tunaikan hak mereka.

Salam kasih sayang buat semua.

Normujahidah Osman.
Islam itu rahmat untuk seluruh alam.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Live DUN Perak April 2019] Sokong UMNO, sendiri susah! Luahan hati seorang guru Melayu..Mereka yang orang panggil kafir tu, adalah anak- anak saya juga!"

Posting Komentar