Loading...

Peringatan Buat Pakatan Harapan

Loading...
Peringatan Buat Pakatan Harapan. Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup menjadi punca kekalahan gabungan itu dalam PRK Rantau, kata beberapa penganalisis.

Selain itu, mereka juga menyatakan faktor calon - bagi PH dan juga BN - turut menyumbangkan keputusan Sabtu lalu.

Peringatan Buat Pakatan Harapan. Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata di mata pengundi, masalah seperti kos sara hidup dan subsidi lebih utama berbanding reformasi institusi.

Beliau memberikan penstrukturan semula Bantuan Sara Hidup (dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai contoh.

"Kerajaan PH gagal menyelesaikan perkara yang membabitkan kehidupan rakyat. Kos sara hidup masih tidak turun...Rakyat tidak peduli isu besar, reformasi itu dan ini misalnya.

"Apa yang mereka tahu adalah survival. Apabila membabitkan soal ekonomi, rakyat tak boleh bertahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, katanya, BN dan PAS dilihat masih berjaya memainkan naratif kedudukan Islam dan Melayu serta Raja-raja terjejas di bawah pentadbiran PH.

Peringatan Buat Pakatan Harapan


Teras pertama Manifesto PH adalah berkenaan meringankan beban kehidupan rakyat, antaranya melalui pemansuhan GST dan kutipan tol (yang belum dilaksanakan).

Selain itu PH juga berjanji untuk memperkenalkan subsidi petrol bersasar - yang kini dalam perancangan - dan menyamaratakan gaji minimum sebelum meningkatkannya.

Semalam bekas menteri kewangan Daim Zainuddin turut mengatakan keputusan PRK Rantau adalah susulan kemarahan rakyat berkenaan isu kos sara hidup tersebut.

Menurut Astro Awani, beliau berkata kekalahan itu adalah cabaran kepada kerajaan untuk berdepan sentimen rakyat namun berpandangan keadaan akan menjadi lebih baik dalam masa enam bulan lagi.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MYRISS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Mizan Aslam juga membangkitkan apa yang menurutnya "keutamaan kerajaan" sebagai punca kekalahan.

"Sebelum berkuasa mereka mempuyai hala tuju perjuangan yang jelas, namun, bila sudah ada kuasa tidak boleh fokus kepada perjuangan.

Peringatan Buat Pakatan Harapan


"PH tidak lagi meletakkan keutamaan untuk selesaikan masalah-masalah ataupun keresahan masyarakat umum. Kedudukan Islam dan Melayu juga dilihat semakin terhakis," katanya.

Katanya, kebebasan bersuara pada masa ini boleh menjadi "senjata makan tuan" kepada kerajaan.

Seorang lagi penganalisis politik Dr Azmi Hassan daripada UTM pula menyifatkan calon PH Dr S Streram bukan lawan calon BN Mohamad Hasan.

Katanya, pemilihan Streram sebagai calon sebenarnya telah menandakan kemenangan buat BN.

"Apatah lagi ada pihak dalam PKR sendiri yang pada mulanya tidak setuju dengan langkah itu," dakwanya lagi.

Peringatan Buat Pakatan Harapan. Sabtu lalu, Mohamad kekal sebagai wakil rakyat Rantau apabila mendapat 10,379 undi, menewaskan Streram yang meraih 5,887 undi serta dua calon bebas, R Malar (83) dan Mohd Nor Yassin (79). - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
Image
Image
Image


Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peringatan Buat Pakatan Harapan"

Posting Komentar