Loading...

Puak2 pembangang duk sebar fitnah kononnya ECRL hanya 7 stesen & Perbezaan deal ECRL yang dibuat Najib/UMNO VS deal ECRL yang dibaiki Mahathir/PH [Video ECRL Laluan Baharu Sepanjang 640KM]

Loading...
Rabu, 17 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Puak2 pembangang duk sebar kononnya ECRL hanya 7 stesen, sedangkan ada 20 stesen..
Sama juga fitnah ECRL dah tiada lagi laluan ECRL di Terengganu & Kuantan... hakikatnya laluan ECRL tetap diteruskan..
Jenis org bodoh senang percaya... seronok perbodohkan diri..
Tiada penerangan foto disediakan.
ECRL: APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?
(Bacaan 5 minit)
Lihat secara terperinci perbezaan deal ECRL yang dibuat oleh Najib/UMNO VS deal ECRL yang dibaiki oleh Mahathir/PH.
Latar belakang:
Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian ter-ter-terbaik kerana kerajaan kerana kita terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib/UMNO. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita diikat.
1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
SEBELUM: RM65.5 bil
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)
SEBELUM: RM95.5 juta / km
SELEPAS: RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer
2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret)
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret)
3. CIRI-CIRI LANDASAN
SEBELUM: 688km, standard gauge, double track
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.
Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang kononnya PH tukar double track kepada single track.
4. LALUAN
SEBELUM: 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)
Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.
5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.
Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.
6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.
7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh Najib/UMNO akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.
8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.
9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.
10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.
11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 belum ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah belum ditandatangani boleh dikurangkan kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.
12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-belion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.
Nampak beza UMNO dengan PH?
Hasil rundingan sebegini sememangnya payah dibidas, payah dibalas pembangang. Sebab itu kalau korang baca kritikan pembangang, semuanya tidak berani menyentuh ciri-ciri spesifik ECRL sepertimana saya lakukan.
Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track dan buat 'troll' sindir benda-benda yang bukan-bukan untuk mengelirukan orang ramai.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Puak2 pembangang duk sebar fitnah kononnya ECRL hanya 7 stesen & Perbezaan deal ECRL yang dibuat Najib/UMNO VS deal ECRL yang dibaiki Mahathir/PH [Video ECRL Laluan Baharu Sepanjang 640KM]"

Posting Komentar