Loading...
Tak Dijangka Mahathir Buat Kejutan. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah berita antarabangsa, Time Magazine.
Dr Mahathir tersenarai bersama beberapa nama besar lain daripada pelbagai bidang dalam senarai tahunan yang dikeluarkan semalam oleh majalah tersebut.
Tak Dijangka Mahathir Buat Kejutan. Bagi kategori pemimpin paling berpengaruh, Mahathir turut disenaraikan bersama antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.
Dalam profail yang ditulis oleh pengasas Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown, Mahathir disifatkan sebagai ‘kuda perang gagah’ yang berjaya menghimpun perhatian orang ramai dalam kempen sengit Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.
Brown mengimbas kemenangan Mahathir dalam PRU-14 setelah membuat kemunculan semula untuk berhadapan dengan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh dengan penyelewengan benrilai berjuta ringgit daripada 1MDB.
Tak Dijangka Mahathir Buat Kejutan
“Untuk berjuang, anda tak semestinya muda.
“[...] Kini, pada usia 93 tahun, Mahathir komited untuk menyerahkan pemerintahan kepada bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, 71, yang dibebaskan dari penjara beberapa hari selepas kemenangan bersejarahnya.
“Buat Malaysia, episod ini telah meletakkan demokrasi pada tempat sepatutnya- yang hampir kecundang dalam amalan totalitarianisme,” katanya lagi.
Brown merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan skandal 1MDB.
Senarai Time 100 merupakan senarai tahunan yang dibuat berdasarkan undian pembaca Time Magazine beberapa sebelum senarai itu dikeluarkan.
Tak Dijangka Mahathir Buat Kejutan
Undian bagi Time 100 bagi tahun 2019 yang diumumkan semalam itu, bermula sejak 27 Mac dan ditutup pada kelmarin. -mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "Tak Dijangka Mahathir Buat Kejutan"
Posting Komentar