Loading...
15.4.19 NAJIB REDAH HARI KEDUA PERBICARAAN SRC KESEORANGAN Mohd Najib Abdul Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, sebentar tadi, untuk menempuh hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd. Bekas perdana menteri itu tiba tepat jam 9 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana hitam bernombor TN50. Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan terus berjalan dengan diiringi beberapa individu masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Tidak seperti hari pertama perbicaraan pada 3 April lalu, Najib dilihat tidak ditemani mana-mana ahli keluarganya, namun berlagak tenang berdepan pengamal media dan orang ramai yang hadir di kompleks berkenaan. http://bit.ly/2V4jGaM
Dr M berani lawan China manakala yang lain tidak
Seorang penyumbang kepada majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak.
Ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas berkata ini merujuk tindakan Putrajaya untuk merunding semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, berjaya mengurangkan kosnya dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.
"Masalahnya ialah banyak projek infrastruktur China tidak berdaya maju, kerana ia dibina dengan kos yang melambung hingga membebankan negara-negara dengan hutang besar kepada Beijing.
"Perangkap hutang ini yang Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba elakkan. Pada Ogos lalu, beliau membatalkan projek ECRL dan ini memaksa China kembali ke meja rundingan.
"Dan beliau menang, seperti yang dibuktikan oleh perjanjian baru, kos projek berjaya bdikurangkan dengan ketara," tulisnya di Forbes.
Sebaliknya, Mourdoukoutas berkata, negara seperti Sri Lanka menjadi terhutang budi kepada China melalui projek-projek seperti pelabuhan Hambantota, Bandar Pelabuhan Colombo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa.
Katanya lagi, Filipinan dan Pakistan juga mengalami masalah sama dengan terikat dengan projek-projek mega yang dibiayai dan dibina oleh China.
"Adakah Duterte dan Imran Ahmed Khan berani melakukan perkara yang sama, dan menyelamatkan negara mereka daripada mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka?” soalnya.
Malaysiakini.
Loading...
0 Response to "[Video PERBICARAAN SRC Najib Bosskur Redah KESEORANGAN di Kompleks Mahkamah KL] Dr M berani lawan China manakala yang lain tidak."
Posting Komentar