Loading...
Masih ramai lagi rakyat sokong Tun M.
Kekebalan Tok Mat bakal teruji di Rantau
Selama lebih 14 tahun, Mohamad Hasan mempunyai pengaruh yang besar di Rantau. Semua kerusi yang ditandingi beliau akan beroleh kemenangan dengan tahap sokongan tidak pernah kurang 65 peratus daripada jumlah undian keseluruhan.
Selepas berjaya membantu BN memenangi dua pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini sebagai pemangku tugas presiden Umno, Mohamad dijangka bakal mengekalkan kemenangannya dalam PRK esok.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu tidak lagi dilihat sebagai kebal seperti sebelum ini.
Meskipun PRK ini adalah pertandingan empat penjuru termasuk dua dari calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin, tetapi ia dijangka bertumpu antara calon PH Dr S Steram dan Mohamad.
Dari segi kehadiran kempen ceramah, ia dilihat bukan kayu ukur yang sesuai untuk melihat sokongan sebenar kerana ramai yang datang bukan dari kalangan pengundi di Rantau.
Tidak seperti PRK Cameron Highlands dan Semenyih yang mana kemenangan BN dapat dilihat dalam kempen saat akhir, sokongan pengundi di Rantau masih tidak jelas pada pada hari terakhir sebelum pengundian.
Rata-rata pengundi Rantau yang ditemui Malaysiakini menyatakan sokongan yang tegas sama ada untuk BN atau PH.
Malaysiakini.
Loading...
0 Response to "[Video RAFIZI dedah bagaimana MAT HASSAN MENYEMBUNYIKAN PEMINDAHAN WANG RM10 JUTA KE LONDON] Satu Malaysia rakyat sokong Tun M & Kekebalan Tok Mat bakal teruji di Rantau."
Posting Komentar