Loading...

Adakah PAS Akan Sokong Bekas Ketua Hakim Yang Tidak Sependapat Dengannya?

Loading...
Walaupun kerajaan PH telah memutuskan dan mengisytiharkan bahawa ia tidak akan meneruskan dengan cadangan meratifikasi Statut Rom, pihak-pihak yang mahukan kerajaan meratifikasinya dan pihak yang menentangnya, masih berusaha bersungguh-sungguh untuk untuk mendapat sokongan bagi pihak masing-masing.

Banyak masa, wang dan tenaga dihabiskan oleh kedua belah pihak bagi mengadakan foram dan perhimpunan untuk mendapat sokongan bagi pihak masing-masing.

Satu pihak bermati-matian mahukan ratifikasi. Satu pihak lagi bermati-matian menentangnya.

Masing-masing berjuang seolah-olah ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi negara meratifikasinya, atau sebaliknya. Lebih menyedihkan, kedua belah pihak melakukannya atas alasan yang salah dan mengelirukan orang ramai untuk menyokong pihak masing-masing.

Ini satu misalan bagaimana rakyat Malaysia menghabiskan tenaga, wang dan masa mengenai perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu yang begitu besar. 

Ahli politik tak tahu pilih isu 

Apatah lagi ahli-ahli politik Malaysia. Mereka seolah-olah tidak tahu memilih apa isu yang lebih penting kepada negara dan apa yang kurang penting, untuk melibatkan orang ramai.

Dalam isu ini, rakyat Amerika Syarikat (AS) yang kerajaannya begitu keras menentang Statut Rom pun tidak mengadakan perhimpunan untuk menentangnya. 

Demikian juga dengan rakyat semua negara jiran kita, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Mereka juga tidak mengambil kisah.

Mungkin mereka hairan mengapa rakyat Malaysia, terutama sekali ahli-ahli politiknya, menganggap dan menjadikannya satu isu yang begitu penting.

Sekarang ini isu yang menjadi perbalahan tertumpu kepada satu: kesannya ke atas raja-raja.


Mari kita lihat di mana salahnya alasan masing. Kita lihat kepada penyokong-penyokong ratifikasi dahulu. Mula-mula, mereka memberi alasan bahawa Statut Rom tidak menjejaskan kekebalan raja-raja.

Saya telah menghujahkan bahawa kenyataan itu tidak betul. Statut Rom tidak mengiktiraf kekebalan sesiapa melainkan orang yang berumur di bawah 18 tahun.

Mereka juga keliru antara kekebalan dangan tanggungjawab apabila berhujah mengenai raja berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dihadapkan ke ICC bagi apa yang dilakukan oleh jemaah menteri.

Itu betul, Tetapi, itu bukan kerana kekebalan Agong, tetapi kerana bukan Agong yang melakukan kesalahan itu. Saya percaya atas alasan itulah, negara-negara raja berperlembagaan di Eropah, termasuk England, meratifikasinya.


Sebaliknya, jika Agong atau raja-raja yang melakukannya, baginda tetap boleh dihadapkan ke ICC. Pada 22 Mac 2019 lalu, saya telah menulis artikel berjudul Statut Rom: Patutkah Kita Menerimanya? di laman web saya.

Sama ada pihak proratifikasi itu telah membaca rencana saya itu atau tidak saya tidak tahu. 

Tetapi, sekarang penyokong-penyokokong ratifikasi menggunakan hujah bahawa hanya raja yang memukul orang yang menentang ratifikasi Statut Rom. (Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga berhujah demikian).

Malangnya, mereka silap lagi. Mereka betul setakat yang mengatakan raja-raja boleh dihadapkan ke ICC jika mereka sendiri yang melakukan kesalahan. 

Tetapi, mereka silap kerana kesalahan raja memukul seseorang itu bukanlah kesalahan di bawah Statut Rom. Ia hanya kesala jenayah biasa. 

Memberi satu misalan, membunuh per se (semata-mata), bukanlah satu kesalahan “genocide” (pembunuhan beramai-ramai) di bawah Statut Rome.

Ia hanya menjadi “genocide” jika ia “dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, keseluruhan atau sebahagian, kumpulan bangsa, etnik, kaum atau agama.”

Adalah amat menghairankan, begitu banyak peguam, yang menjadi penyokong kedua belah pihak, tidak boleh nampak hujah sejelas itu. Dan mereka terus mengelirukan orang ramai.

Dilaporkan juga, seorang professor, pakar undang-undang perlembagaan, menghujahkan bahawa dengan meratifikasikan Statut Rom, Malaysia boleh mengadu mengenai kesalahan-kesalahan Israel terhadap Palestin. Itu juga silap.


Bagaimana Malaysia hendak berbuat demikian sedangkan Israel tidak menjadi negara pihak (tidak merarifikasinya)?

Sila lihat Perkara 12 (a) Statut Rom. Lagi pula, AS terang-terang menyatakan ia tidak akan nmembenarkan siasatan dilakukan terhadap Israel.

Adalah menghairankan mengapa penyokong ratifikasi Statut Rom bersungguh-sungguh mahukan Malaysia meratifikasinya sedangkan negara-negara besar seperti AS, Russia, China, India dan semua jiran-jiran kita menolaknya. Apakah tujuan mereka?

Sekarang, kita lihat pula ke sebelah lagi.

Pertama, perlu ditegaskan bahawa Statut Rom tidak boleh disamakan dengan Icerd. Statut Rome tidak ada kena-mengena dengan hak keistimewaan orang Melayu dan diskriminasi berasaskan kaum.

Raja berperlembagaan, raja mutlak

Ia juga tidak berkenaan dengan kedudukan agama Islam. Maka, kedua-dua alasan itu tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan menentangnya.

Elok juga disebut bahawa saya tidak tahu pendapat dan hujah-hujah yang diberikan oleh keempat-empat profesor undang-undang yang dipanggil untuk menasihati raja-raja itu. Maka, saya tidak akan mengulas mengenainya.

Dari mula hingga sekarang, kumpulan yang menentang Statut Rom menggunakan alasan bahawa ia akan meletakkan raja-raja di bawah ICC. 

Entah siapa yang menasihatkan mereka, mereka nampak seolah-olah tidak dapat membezakan kedudukan raja berkuasa mutlak dengan raja berperlembagaan.

Walaupun seawal 22 Mac 2019 saya telah menjelaskan kedudukan raja berperlembagaan, tidak diketahui sama ada mereka membaca dan memahaminya. 

Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, nampak seolah-olah mereka tidak membaca, tidak memahami atau tidak bersetuju dengannya.

Maka, mereka masih bercakap mengenai kesannya kepada raja-raja secara umum, bukan jika raja-raja itu sendiri yang melakukan kesalahan-kesalahan itu. 

Maka, mereka menggunakan perpaduan ummah bagi menarik orang Melayu/ Islam untuk menyertai perhimpunan menentangnya.

Saya tidak mahu orang ramai terkeliru. Sebab itulah saya menulis rencana ini. Isunya sekarang ialah, jika raja-raja sendiri melakukan kesalahan di bawah Statut Rom itu, penentang-penentang ratifikasi Statut Rom itu mahu raja-raja itu dibicarakan oleh ICC atau tidak?

Itu sahaja isunya. Saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka.

Penganjur-penganjur perhimpunan patut faham isu sebenar dan menjelaskan kepada orang ramai supaya mereka dapat membuat pertimbangkan sendiri sama ada berbaloi atau tidak bagi mereka menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyertainya. 

Orang ramai tidak sepatutnya dikelirukan, sama ada sengaja atau tidak.


Kesimpulannya, isunya ialah apakah faedahnya jika Malaysia meratifikasinya?

Sebaliknya, jika raja-raja melakukan kesalahan itu, kita mahu atau tidak mereka dibicarakan oleh ICC?

Itu sahaja. Maka, perlukah kedua belah pihak menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit dan melibatkan orang ramai untuk menyokong pendirian masing-masing? - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah PAS Akan Sokong Bekas Ketua Hakim Yang Tidak Sependapat Dengannya?"

Posting Komentar