Loading...

Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah?

Loading...
Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah? Kerajaan Pahang meminta Putrajaya mempertimbangkan semula bayaran royalti minyak atau wang ihsan kepada negeri itu, kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata surat rasmi berhubung permohonan itu akan dikemukakan secara rasmi dalam masa terdekat, namun menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan menentukan nilai yang akan diberikan.

Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah? "Perkara ini (pemberian wang ihsan atau royalti minyak) pernah diumumkan oleh kerajaan terdahulu.

"Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pemberian royalti sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri.

"Jadi, hari ini saya membangkitkan semula soal pembayaran royalti ini supaya dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Ramadan Yayasan Petronas 2019 di Kuantan, semalam.

Majlis anjuran Yayasan Petronas itu meraikan 161 pelajar kurang berkemampuan dari 24 buah sekolah sekitar Kuantan turut dihadiri Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah?


Wan Rosdy berkata pemberian wang ihsan atau royalti itu - jika diluluskan kerajaan - dapat memanfaatkan rakyat di Pahang.

Untuk rekod, pada Okt 2012 Najib mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau dilaporkan berkata kedudukan medan minyak tersebut terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang pada kedalaman air 76 meter.

Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah? Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu berkata Pahang dijangka menerima wang royalti sekitar RM100 juta setahun bergantung kepada anggaran pengeluaran. - bernama



    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah Tuntutan Kerajaan Pahang Munasabah?"

Posting Komentar