Loading...
Jom Channel
Ini ekoran daripada klip video ucapan beliau yang memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil merakamkan rasa terkejut apabila melihat video yang dimuatnaik individu bernama ‘Abu Hafiz Salleh Hudin’ dalam Facebook pada 15 Mei 2019 lalu. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, "Jika benar, ucapan ini melanggar Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu berkenaan pengaruh tidak wajar."
Kenapa majoriti negeri² di bawah pemerintahan PH awal umumkan bantuan khas Aidilfitri tahun ini malah antara yang tertinggi jumlah bantuan berbanding di negeri² pembangang terutama negeri² ditadbir oleh PAS?
Adakah masih nak guna alasan akibat kekangan kewangan tak dpt royalti?
Kenapa majoriti negeri² lain yang TIADA ROYALTI MINYAK boleh pulak & mampu umum lebih awal beri bantuan khas Hari Raya?
Tu la Pak Lebai. Sibuk cari salah orang jer.. Sampaikan tanah2 rezab melayu pon terpaksa kena lelong !!!
Baru nak urus beri bantuan khas pon lembap, tapi berangan² besar nak tadbir negara?
Betul Ke Bunyi Perkhabaran Kerajaan Kelantan & Terengganu Umun bonus 6 bulan gaji sebab mereka yg paling pandai memerintah..
Otai BERSIH
PKR buat laporan polis siasat ketua pengarah Yapeim
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta polis menyiasat Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Datuk Abibullah Samsudin susulan penyebaran video ucapan seorang lelaki didakwa mempengaruhi kakitangan yayasan itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sekiranya benar individu di dalam video itu adalah Abibullah, polis wajar mengambil tindakan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pengaruh tidak wajar.
“Saya minta polis untuk menyiasat dan mengesahkan adakah benar individu dalam video berkenaan adalah Abibullah,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini, hari ini.
Fahmi yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai menyeru polis menyiasat perkara itu dengan segera, kerana ia dipercayai melibatkan kedudukan, maruah dan martabat penjawat awam dan agensi Kerajaan.
Tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan video seorang lelaki memberikan ucapan kepada kakitangan Yapeim, yang dipercayai bertujuan mempengaruhi mereka untuk tidak mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Laporan yang sama berhubung kejadian itu turut dibuat di Pulau Pinang dan polis sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA

MUSUH DALAM SELIMUT PUN ORANG TAK SIMPAN, INIKAN PULA MUSUH YANG NYATA…
Sebagaimana didedahkan di media sosial baru-baru ini, apa yang berlaku dalam YAPEIM dan PTPTN sekarang ialah wujudnya musuh yang nyata dalam kedua-dua agensi tersebut.
Mereka bukan lagi musuh dalam selimut, tetapi musuh yang sudah dikenalpasti secara terang-terangan.
Dalam YAPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, individu terbabit yang didapati berkempen, mengutuk PH serta mengugut pengundi sebelum PRU14 lalu adalah Ketua Pengarahnya sendiri, Abibullah Shamsudin.
Oleh kerana beliau secara jelas berkempen bagi pihak BN, mengekalkannya lagi di jawatan yang sama di bawah pemerintahan PH adalah sesuatu yang janggal dan tidak sewajarnya.
Apakah jaminannya beliau tidak bertindak secara halus mensabotaj PH melalui kedudukannya menjelang PRU15 akan datang?
Begitu juga dalam PTPTN, Timbalan CEO, Mastura Mohd Khalid yang melontarkan kenyataan bahawa badan itu sedang mengkaji memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara, selain menyekat pembaharuan pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan adalah seorang AJK UMNO di sebuah bahagian di WP Kuala Lumpur.
Meskipun beliau ada kelayakan memegang jawatan tersebut, tetapi dengan jawatan penting yang dipegangnya dalam UMNO, bermakna beliau tidak sesuai lagi berada di kedudukan tersebut dalam era pemerintahan PH sekarang ini.
Orang yang memegang jawatan penting di agensi sensitif seperti PTPTN mestilah mereka yang dapat menghayati aspirasi perjuangan serta manifesto PH, bukan pemegang jawatan penting dalam parti musuh.
Kalau Mastura hanya seorang ahli UMNO biasa yang tidak aktif, barangkali tiada masalah beliau terus kekal di jawatannya, tetapi PH akan ternampak “bodoh” jika tidak berani menggantikannya.
UMNO sendiri pun ketika sedang berkuasa dahulu tidak mungkin membenarkan pemegang jawatan penting dalam PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memegang sebarang jawatan penting dalam mana-mana agensi kerajaan.
Agensi kerajaan mesti ditadbir oleh mereka yang selari dan faham dengan aspirasi parti pemerintah kerana sebarang tindakan yang dilakukan memberi kesan kepada PH yang menguasai kerajaan.
Dengan kata mudah, baik Abibulah atau Mastura, mereka adalah musuh yang nyata dan terang-terangan kepada PH.
Musuh dalam selimut pun tiada siapa mahu menyimpannya, inikan pula musuh yang sudah terang lagi nyata.
Sebelum disabotaj, dianiaya secara halus dan sebelum kalah dalam PRU15 akan datang, menteri yang bertanggungjawab terhadap YAPEIM dan PTPTN mesti bertindak dengan segera terhadap kedua-dua mereka. (Shahbudindotcom 18/05/2019)
Loading...
0 Response to "Apa dah jadi BONUS raya negeri Kelantan, Terengganu, Perlis & Sabah weiii? Musuh dalam selimut pun orang tak simpan, INIKAN PULA MUSUH YANG NYATA dalam YAPEIM dan PTPTN! [Video KETUA PENGARAH YAPEIM PERLU DISIASAT]"
Posting Komentar