Loading...

Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3)

Loading...
Part 3: What is CEFR-aligned curriculum?

Jika terlepas tren Part 1:Apa Itu CEFR?, Part 2a, 2b, 2c: Kenapa CEFR? Sila ke pos sebelum-sebelum ni:

1. Apa itu CEFR? - Part 1
2. Kenapa perlu CEFR di Malaysia - Part 2a
3. Kenapa perlu CEFR di Malaysia - Part 2b
4. Kenapa perlu CEFR di Malaysia - Part 2c

So CEFR-aligned curriculum tu apa beza dengan kurikulum dulu? Untuk cikgu primary, perbezaan tu sangat lah tak ketara sebab KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2011 lagi.

CEFR-aligned curriculum tu tak jauh beza pun dgn KSSR, cuma ada dibuat penambahbaikan di sana dan di sini.

Untuk cikgu2 secondary, mungkin terdapat kejutan budaya sikit sebab KSSM baru sampai pada tahun 2017.

So maybe saya boleh explain satu-satu supaya mungkin info yang terlepas pandang tu boleh kita tengok sama-sama.

1) CEFR-aligned curricula ni bermula dari prasekolah dan berakhir di Form 5.


Jika dahulu, team2 preschool, primary dan secondary adalah team yang berlainan, kali ini semua team2 telah bergabung. Dengan kerjasama Cambridge dan BPK, curriculum kita telah dibuat pemetaan supaya ada kesinambungan, dari tahap prasekolah ke primary sehinggalah tamat Form 5.

Banyak kebaikan daripada pemetaan curriculum framework kita ni. Progress pembelajaran tu memang sangat clear dan cikgu2 boleh tengok curriculum framework ni dan lihat target peningkatan berperingkat murid2.

Cikgu juga boleh plan forward or backward untuk jangka masa panjang. Selain tu, cikgu Tahun 3 boleh tengok cikgu Tahun 1 dan 2 dah cover Learning Standards apa.

Pastu, kalau ada cikgu yg cakap, "MoE ni asyik tukar kurikulum je", you pokkk sikit dia sebab pemetaan sehingga form 5 ni dah dibuat pada tahun 2016, dan publish pada hujung 2017.

Macam mana target level CEFR ikut murid tu ditetapkan? Boleh rujuk pada gambar yg disertakan untuk lihat bahawa target kurikulum tu dibuat berdasarkan hasil Baseline Study 2013 dan aspirasi yang ditetapkan oleh EL Roadmap.
2) CEFR-aligned curriculum fokus kepada semua 4 language skills

Semua 4 language skills, Listening, Speaking, Reading dan Writing diberi fokus. Semua skills ni kemudiannya di consolidate oleh Language Arts lesson.

Dalam CEFR-aligned curriculum, akan ada satu main skill yg diberi fokus, dan akan dilengkapi oleh satu complementary skill. Complementary ye, bukan complimentary. Lain maksud tu.

Kalau untuk KSSR dahulu, skills Listening dan Speaking tu diletak bersama, kemudian Reading skills, pastu Writing skills, pastu Language Arts.

Kalau KBSM pulak, integrated skills membolehkan cikgu fokus mana-mana skills terpulang kepada cikgu.

Unfortunately, integrated skills dalam KBSM dan integration of L&S skills dalam KSSR menyebabkan ada skill yg terlepas pandang untuk diajar.

Biasanya yang tercicir adalah skills yg agak sukar untuk diajar seperti Listening dan Speaking, walaupun skills ni lah yg paling penting untuk komunikasi.

L&S selalu tercicir sebab susah nak prepare untuk audio/video dalam kelas, mengambil masa, dan susah untuk murid buat latihan, susah untuk lihat progress.

(Actually skill paling selalu tercicir ialah Listening, but that's another story)

Biasanya Reading dan Writing je selalu diberi fokus kerana lebih senang nak nampak improvement dan tidak mengambil masa yang panjang untuk diajar dalam kelas berbanding L&S.

Maka terjadilah anak-anak Malaysia with poor listening skill, atau ada juga yang faham orang cakap English tapi tak reti nak reply. Kan kan kan?
3) CEFR-aligned curriculum lebih fokus kepada fluency, barulah accuracy

Kalau dulu, kita fokus sangat kepada ketepatan bahasa. Contohnya, kalau orang tanya, "What is your name?" jawapannya mestilah "My name is Azmira".

Tapi dengan CEFR-aligned curriculum yang lebih menjurus kepada fluency, yang penting sekali ialah inti komunikasi tu sampai.

So kalau orang tanya, "What's your name?", saya boleh jawab "My name is Azmira / I'm Azmira / Azmira". Semua jawapan tu pun betul.

Sebab yang penting ialah saya faham soalan tu dan boleh menjawab dengan kefahaman yang betul.

Kalau cikgu tanya, "How do you go to school?". Untuk kanak-kanak yg masih di tahap beginner, jika guna ayat sepert "I go to school by bas", adalah diterima walaupun ejaan 'bas' sepatutnya 'bus'. Justifikasinya adalah sama seperti perenggan di atas.

Bila dah sampai tahap proficient nanti, barulah ketepatan penggunaan bahasa ditekankan. Jika awal2 dah cantas, nanti tak semangat pula murid nak belajar, kan?

Okay sambung pasal pelaksanaan pulak kat Part 4: Materials to support the implementation of CEFR-aligned curriculum

Sumber: Azmira Amran - BPK

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3)"

Posting Komentar