Loading...

Berita Gempar Dari Terengganu

Loading...
Berita Gempar Dari Terengganu. Sebuah syarikat perlombongan bijih besi mempertikaikan kenyataan pihak berkuasa Terengganu yang mendakwa sebuah anak syarikat kerajaan negeri itu yang sepatutnya membayar RM15.3 juta sudah menamatkan operasinya.

Pengarah Urusan Golden Mineral Sdn Bhd (GMSB), R Rajagopal, berkata hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Permint Minerals Sdn Bhd (PMSB) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) masih aktif setakat semalam.

Berita Gempar Dari Terengganu. Mahkamah Rayuan pada 13 September 2018 mengarahkan PMSB membayar kerugian berjumlah RM15,342,212.55 kepada GMSB selepas syarikat itu menghentikan operasi perlombongan bijih besi di Padang Air Putih, Mukim Bandi, Kemaman pada 2012.

Beliau memberitahu wartawan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini yang Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan itu, tetapi tiada bayaran dibuat kepada syarikat itu sehingga kini.

Beliau ke ibu pejabat SPRM untuk mengetahui perkembangan terhadap satu laporan yang difailkan syarikat itu di pejabat agensi anti-rasuah itu di Terengganu pada 8 Mac lalu.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, kerajaan negeri menyerahkan perkara itu kepada mahkamah putuskan.

Berita Gempar Dari Terengganu


Katanya, kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa-apa kerana PMSB sudah dibubarkan dan itu adalah keputusan perniagaan.

Rajagopal berkata, jika PMSB tidak lagi beroperasi, tentu ada pengesahan atau perisytiharan dibuat di mahkamah atau kerajaan nengeri boleh mengemukakan kenyataan oleh SSM.

“PSMB masih beroperasi dan aktif, kenapa mereka kata ia sudah ditutup?

“Jika ia tiada kaitan dengan negeri itu, bagaimana dengan afidavit PMSB pada 2 Januari yang ia milik kerajaan negeri dan mempunyai kepentingan dalam pendapatan atau perbendaharaan kerajaan negeri?”

Berita Gempar Dari Terengganu. Beliau yang menggesa kerajaan Terengganu menyelesaikan isu itu berkata, pelabur akan hilang keyakinan terhadap negeri itu jika masalah seperti itu berterusan. -fmt


     
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Gempar Dari Terengganu"

Posting Komentar