Loading...
Berita Mengejutkan Dari Negeri Serambi Mekah. Polis menahan seorang lelaki yang juga anggota Jabatan Amal PAS hari ini di Kota Bharu, dipercayai bagi membantu siasatan kes dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial.
Penahanan lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan susulan satu hantaran di Facebooknya yang didakwa memfitnah menteri.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
Berita Mengejutkan Dari Negeri Serambi Mekah. "Penama (suspek) ini memang ada ditangkap hari ini dan tahanan reman selama dua hari.
"Itu yang boleh saya sahkan," katanya ringkas ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga seorang peniaga kedai makan dipercayai akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, penangkapan suspek menjadi tular di media sosial yang mendakwa polis menahan seorang pegawai yang bekerja di pejabat Adun Panchor, Mohd Amar Nik Abdullah.
Berita Mengejutkan Dari Negeri Serambi Mekah
Bagaimanapun, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika dihubungi menafikan perkara itu.
"Tiada (pegawai ditahan). Ini kerja orang yang tak ada kerja," katanya merujuk kepada pihak yang menyebarkan perkara itu.
Berita Mengejutkan Dari Negeri Serambi Mekah. Sementara itu sumber PAS Kelantan memberitahu lelaki berkenaan tiada sebarang jawatan dalam PAS sebaliknya hanya anggota biasa dalam Jabatan Amal. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "Berita Mengejutkan Dari Negeri Serambi Mekah"
Posting Komentar