Loading...

BERSATU Akan Singkir Pemberontak

Loading...
Sebagai orang penting kerajaan negeri, semua mata kini tertumpu kepada Dr Sahruddin Jamal, yang hari-hari awal pelantikannya sebagai menteri besar dicemari insiden perbalahan dalaman PPBM Johor.

Sahruddin yang mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Osman Sapian yang sebelum ini dikritik oleh pemimpin kanan PPBM kerana membenarkan barisan exco negeri dirombak, kini disokong oleh ketua-ketua bahagian parti itu di Johor supaya dlantik sebagai pengerusi negeri.

Ketua-ketua bahagian PPBM di Johor tidak senang dengan pemilihan Mazlan Bujang oleh kepimpinan pusat.

Pelantikan Mazlan sebagai pengerusi PPBM Johor pada 29 April dibuat beberapa hari selepas beliau digugurkan daripada senarai exco baru, sesuatu yang berlawanan dengan amalan biasa melantik menteri besar sebagai pengerusi parti di peringkat negeri.

Bagimanapun seorang pemimpin kanan PPBM mengingatkan bahawa tindak tanduk pemimpin parti itu di Johor adalah tidak baik untuk menteri besar yang baru beberapa minggu dilantik mengetuai kerajaan.

Katanya, Sahruddin harus menunjukkan ketokohan sendiri dan tidak hanya mengikut kehendak orang lain sehingga menjatuhkan dirinya.

“Beliau tidak mengikut arahan perdana menteri sebelum ini berkenaan barisan exco dan terlibat pula dengan percubaan mengarut untuk mengingkari kepimpinan sekarang. Ini bukanlah satu permulaan yang baik,” kata pemimpin PPBM dan juga penyokong kuat pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan tidak senang dengan langkah Sahruddin menyetujui rombakan exco yang berlawanan dengan keputusan parti untuk mengekalkan Kabinet negeri yang berusia 11 bulan itu.

Rombakan itu dilihat sebagai langkah mengikut kehendak istana Johor yang kini terbabit dalam perang media dengan Dr Mahathir.

Pemimpin PPBM itu, yang enggan dikenali berkata, parti mesti bersikap tegas terhadap ahli yang “memberontak” itu.

“Pengacau ini perlu disingkir daripada pemlihan parti,” katanya.

Pemilihan PPBM akan diadakan lewat tahun ini.

Semalam bekas menteri besar Osman Sapian memberitahu FMT bahawa ketua bahagian parti itu di Johor hanya mencadangkan nama Sahruddin sebagai pengerusi negeri atas kedudukannya sebagai menteri besar, tetapi akan mematuhi keputusan yang dbuat oleh kepimpinan pusat. - fmt





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BERSATU Akan Singkir Pemberontak"

Posting Komentar