Loading...

KINI ganu kite! Bekas pemimpin PAS disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima RM3.5 juta drpd Umno UNTUK PAS-TERENGGANU! Keberanian Najib YANG SUDAH TERLAMBAT…[Video Kelas latihan terbuka untuk pekerja lepas waktu kerja, cadang menteri]

Loading...
Khamis, 23 Mei 2019
KiniTV
Semua Institut Latihan Perindustrian (ILP) bakal dibuka sehingga 11 malam bagi membolehkan orang ramai menghadiri kelas dan melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selepas waktu bekerja. Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata cadangan itu kini di peringkat kajian yang turut berkemungkinan bakal menyaksikan ILP beroperasi pada hari minggu dan cuti am. “Waktu operasi yang panjang amat penting bagi menarik minat dan memberi peluang kepada mereka yang bekerja, sekali gus mengisi kekurangan pekerja berkemahiran dalam bidang teknikal. “Sudah ada beberapa ILP ditutup lambat, namun kita mahu perluaskan kepada semua ILP agar orang ramai dalam apa jua bidang sekalipun mempunyai peluang menambah kemahiran yang amat diperlukan dalam pasaran kini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor hari ini. Beliau berkata kedua-dua langkah itu nanti dijangka dapat meningkatkan peratusan golongan pekerja dalam bidang kemahiran teknikal dalam negara yang kini berada pada paras 28 peratus kepada sasaran 35 peratus tahun depan.
Imej mungkin mengandungi: teks
Sudah dinyatakan oleh SPRM sebelum ini, wang juta2 duit UMNO tak akan masuk dlm akaun rasmi parti PAS, tetapi akan diselewengkan ke akaun2 lain bagi mengelirukan SPRM nak siasat.
KINI.. Bekas pemimpin PAS disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima RM3.5 juta daripada Umno UNTUK PAS-TERENGGANU..
SIAPAKAH PEMIMPIN PAS tersebut terima RM3.5 juta duit UMNO itu?

KEBERANIAN YANG SUDAH TERLAMBAT…

Apa? Najib Razak mahu berdebat?
Sejak bila beliau ada keberanian untuk berdebat?
Sebagaimana yang dilaporkan media, bekas Perdana Menteri itu menyuarakan kesediaannya untuk berdebat dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang atas sebarang isu dan gaya yang dikehendaki.
“Ia boleh jadi perdebatan gaya bebas untuk bercakap. Dia boleh bertanya apa-apa pada saya, termasuk 1MDB.
“Dan saya boleh bertanya apa-apa padanya. Dalam semangat demokrasi yang sihat, dia harus menyahut cabaran ini,” kata Najib lagi.
Tidak cukup dengan itu, Najib juga menyatakan kesediaan untuk berdebat sama dengan Tun Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau tidak sedia berdebat dengan Tun Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini kerana kesibukan serta kepadatan tugas sehariannya.
“Saya faham juga bahawa tugas seorang Perdana Menteri adalah sibuk, tapi jika PM ke-7 berpendapat dia ada masa atau ada keperluan untuk debat dengan saya, (saya) tentu akan sahut cabaran itu,” tambah Najib lagi.
Biar betul Najib ni, tak cukup dengan Lim Kit Siang, malah dengan Tun Mahathir juga beliau sedia untuk berdebat sekarang ini.
Kenapa keberanian seperti ini tiada ketika memegang jawatan Perdana Menteri dulu?
Tetapi, apa pun alasan serta hujah beliau, adalah sesuatu yang sudah terlambat sebenarnya untuk Najib bersikap berani berdebat sekarang ini.
Sepatutnya, keberaniannya berdebat ini muncul dalam dirinya sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri dahulu, bukannya setelah ditumbangkan dan dalam keadaan sudah kehilangan jawatannya.
Jika sejak dulu lagi Najib ada keberanian berdebat dan sedia berdepan untuk menjawab apa juga persoalan mengenai pelbagai isu dalam negara, mungkin hari ini beliau masih lagi seorang Perdana Menteri.
Malangnya, semuanya sudah terlambat kini. Berdebat dengan siapa pun tidak lagi memberi apa-apa makna kepada dirinya. (Shahbudindotcom 21/05/2019)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KINI ganu kite! Bekas pemimpin PAS disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima RM3.5 juta drpd Umno UNTUK PAS-TERENGGANU! Keberanian Najib YANG SUDAH TERLAMBAT…[Video Kelas latihan terbuka untuk pekerja lepas waktu kerja, cadang menteri]"

Posting Komentar