Loading...

Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan

Loading...
Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob enggan mengulas berhubung iklan pemberitahuan mengenai lelongan aset kerajaan negeri yang dijadualkan pada 27 Mei ini.

Sebaliknya, beliau meminta supaya media merujuk perkara itu kepada pihak berkaitan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Itu kena rujuk pihak PMBK," katanya yang juga pengerusi PMBK.

Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan. Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan biskut raya aidilfitri kepada anggota keselamatan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, satu notis pengisytiharan jualan mengenai lelongan aset PMBK diiklankan melalui akhbar tempatan pada 13 Mei lalu.

Iklan tersebut menyatakan permohonan lelongan sebanyak 11 lot tanah oleh Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan.


Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan


Menurut notis tersebut, jualan melalui lelongan awam itu akan dibuat pada 27 Mei nanti di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Lokasi lot tanah berkeluasan kira-kira 12.6 hektar tersebut terletak di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu yang terdiri daripada lapan petak tanah komersial, satu petak tanah kediaman, satu petak pencawang elektrik dan satu petak tapak tangki air.

Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan


Kenyataan notis tersebut juga menyebut hartanah milik anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu akan dijual dengan harga rizab bernilai RM66.7 juta.

 Sementara itu, Malaysiakini sedang menghubungi pihak PMBK untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu. - mk



    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelongan Tanah Milik Kerajaan Negeri Kelantan"

Posting Komentar