Loading...

Mengapa MUET untuk guru-guru Bahasa Inggeris jadi satu polemik besar?

Loading...
Bulan Ramadan tahun ini kecoh pula di media sosial berkenaan keperluan untuk guru-guru Opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki ujian MUET.
Kesilapan media yang quote kata-kata menteri pun satu hal. Mula-mula katanya DIGALAKKAN semua guru mengambil MUET terutama kepada yang bukan opsyen (Sumber, SINAR HARIAN), kemudia timbul pula berita yang mengatakan semua guru bukan opsyen perlu mengambil MUET (Sumber BERNAMA).

Polemik ini disambut meriah apabila NUTP membuat pelbagai kenyataan bagi membantah tindakan arahan KPM tersebut. Boleh rujuk perlbagai sumber di SINI, SINI dan SINI
Perkara pokok yang kami ingin tekankan bukanlah keperluan MUET itu tetapi beberapa perkara yang KPM perlu beri penekanan secara bertulis dan jelas.

Jika guru tersebut enggan mengambil MUET,  adakah beliau akan dikenakan apa-apa tindakan? Tiada penjelasan jelas daripada KPM berkenaan persoalan ini.

Jika mereka mengambil ujian tersebut dan tidak mencapai tahap minimum yang diperlukan, adakah mereka tidak layak untuk mengajar subjek tersebut walaupun kelayakan ikhtsas mereka TESL? Juga persoalan ini dibiarkan tergantung tanpa jawapan pasti.

Rungutan-rungutan demi rungutan diluahkan guru terutama opsyen Bahasa Inggeris berkenaan pelbagai konsep dan dasar baru yang diperkenalkan. Natijahnya ada yang tidak tahan lagi untuk mengajar subjek berkenaan. Tiba-tiba muncul pula arahan-arahan seperti ini.

Ada sesetengah guru memandangnya sebagai satu 'peluang' untuk mereka tidak mengajar lagi subjek berkenaan walaupun opsyen mereka Bahasa Inggeris.

Sudah ada yang bercadang-cadang untuk 'menggagalkan' diri masing-masing semata-mata untuk lari dari terus mengajar subjek ini.
Namun begitu, oleh kerana tiada penjelasan rasmi natijah berkenaan daripada KPM, masing-masing sibuk untuk menyerkap jarang.

Ok, itu antara benda-benda negatif yang perlu fikirkan sebelum mewajibkan perkara ini dilaksanakan. Pelbagai andaian sudah bertebaran di media-media sosial.

Umum mengetahui kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris di negara ini. Masalah ini cuba diselesaikan diperingkat sekolah dengan mengarahkan guru bukan opsyen mengajar subjek tersebut.

Jika guru bukan opsyen juga perlu duduki ujian MUET konon untuk mengiktiraf mereka sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, kami rasa ianya satu tindakan sucide pihak kementerian.
Untuk guru yang sentiasa ada usaha meningkatkan kemahiran mereka dalam subjek yang mereka ajar, kami ucapkan tahniah kepada golongan ini.

Mereka tiada masalah untuk mencabar diri masing-masing untuk sesuatu yang lebih baik dalam perkhidmatan perjawatan mereka.

Kita harapkan lebih ramai lagi guru-guru sebegini disebalik sokongan daripada pihak kementerian sendiri.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengapa MUET untuk guru-guru Bahasa Inggeris jadi satu polemik besar?"

Posting Komentar