Loading...
PARIT - Seorang murid Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah di sini maut selepas dia dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan ke surau di Jalan Haji Wahab, Kampung Ekor Lambat di sini lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Ammar Raziq Azhar, 10, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang pada pukul 6.55 petang.
Difahamkan, mangsa melintas jalan ke surau yang berada di seberang jalan rumahnya untuk membantu ayahnya menyediakan juadah berbuka puasa di surau berkenaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis SYM yang ditunggang seorang juruteknik berusia 23 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Parit menghala ke Bota.
“Tiba di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba melintas jalan dan juruteknik tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Changkat Melintang dan dia disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Tambah Mohamad Zainal, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
“Penunggang motosikal pula hanya mengalami kecederaan ringan.

0 Response to "Murid Tahun 4 maut dilanggar motorsikal ketika ke surau"
Posting Komentar