Loading...

Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah

Loading...
Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah. Najib Razak hari ini dilaporkan memegang kamera di kandang tertuduh sewaktu perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, peguam bela, Shafee Abdullah sedang memerikas balas saksi pendakwaan ke-30, Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur, Halijah Abdul Wahab.

Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah.  Wartawan yang duduk berhampiran Najib dapat melihat bahawa wajahnya terpapar di skrin kamera.

Dari sudut pandangan Malaysiakini di galeri awam, tidak jelas sama ada bekas perdana menteri itu mengambil swafoto atau membuat rakaman.

Menurut laporan The Edge, Najib mengambil swafoto dengan muka yang berkerut.

Utusan Malaysia pula melaporkan Najib dilihat telah ‘zoom in’ keadaan di bahagian hadapan mahkamah yang menempatkan barisan pendakwaan, pembelaan, jurubahasa mahkamah dan juga hakim sebelum merakam gambar.


Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah


Tindakanya itu mungkin mengundang padah kerana menurut Peraturan Mahkamah Terbuka, sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.

Jika benar, beliau berbuat demikian, ini bukan kali pertama Najib melanggar peraturan mahkamah.

Pada 15 Mac lalu, Najib ‘hilang seketika’ apabila beliau keluar ke tandas tanpa memberitahu sesiapa termasuk peguamnya.

Pada 18 Mac pula, seorang anggota polis terpaksa mengejutkan Najib yang terlena ketika kesnya berlangsung di depan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah


Bukan tidur tapi cuma tutup mata, katanya apabila ditanya berhubung insiden berkenaan.

Pada 22 April lalu, bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mencetuskan kontroversi dengan memuat naik klip video prosiding mahkamah ke halaman Facebooknya.

Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah. Isham kini di bawah siasatan polis. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Mungkin Didakwa Langgar Peraturan Mahkamah"

Posting Komentar