Loading...
KiniTV
Lebih ramai orang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan siasatan berhubung pembekalan peralatan kereta kebal kepada kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memberitahu pada waktu ini siasatan kes tersebut masih di peringkat awal. Justeru katanya SPRM menjangkakan akan ada lebih ramai saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut. "Saya pun tak dapat nak berikan jumlah sebenar (saksi yang akan dipanggil) tetapi kami sedang menjalankan siasatan secara agresif," katanya. Azam berkata demikian semasa ditemui media di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini. Pada 13 Mei lalu Malaysiakini melaporkan dua eksekutif syarikat ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan dana sebanyak RM17 juta. Mereka yang ditahan itu masing-masing seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) berusia 53 tahun dan ketua pegawai kewangan berusia 45 tahun. CEO terbabit juga seorang Datuk. DRB-Hicom Bhd kemudian mengesahkan SPRM salah satu anak syarikatnya sedang disiasat SPRM, iaitu Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech). Kes tersebut dikaitkan dengan pembekalan peralatan untuk kereta perisai tempur Deftech AV8 Gempita dan ACV-300 Adnan untuk sebuah agensi pertahanan di antara 2014 dan 2017. Semalam seorang Datuk Seri berusia 39 tahun yang juga pemilik syarikat turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Nampaknya dalam tempoh 5 tahun ini hakim2 & peguam terpaksa bekerja keras tak cukup tgn dlm membicarakan kes2 rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram pemimpin2 UMNO dan sekutunya PAS.
Kenapa kes2 sebegini tidak timbul langsung ketika UMNO/BN berkuasa dahulu?
Tuduhan DAP mahu singkir Maszlee adalah fitnah – Kit Siang
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menafikan dakwaan beberapa portal politik bahawa DAP kononnya mahu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik disingkirkan.
Menyifatkan ia sebagai fitnah dan pembohongan, beliau turut menafikan bahawa DAP mahu Maszlee digantikan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
“Tidak ada kebenaran dalam mana-mana posting, yang mana adalah fitnah dan pembohongan.
“DAP tidak pernah minta Perdana Menteri untuk menggantikan Mazslee dengan Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan dan DAP tidak ada kena-mengena dengan mana-mana petisyen yang meminta Maszlee meletakkan jawatan – dan pembohongan ini hanyalah permulaan penipuan yang akan muncul dalam media sosial pada minggu-minggu akan datang untuk menyebabkan ketegangan, perbezaan dan perpecahan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjaga disiplin bagi berdepan sebarang usaha untuk memecah-belahkan gabungan parti-parti kerajaan itu.
Loading...
0 Response to "Nampaknya tahun ini hakim2 & peguam terpaksa bekerja keras membicarakan kes2 rasuah pemimpin2 UMNO dan sekutunya PAS! Tuduhan DAP mahu singkir Maszlee adalah fitnah [Video Selain 'Datuk Seri', ramai lagi akan dipanggil SPRM]"
Posting Komentar