Loading...

PAS Arah Tutup Mulut

Loading...
PAS Arah Tutup Mulut. PAS mengeluarkan perintah tegah siar berkuatkuasa serta-merta kepada ahlinya untuk tidak membawa, membincangkan dan membahaskan isu melibatkan parti di media, susulan seorang ahlinya membangkitkan isu “kartel dedak”, baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata, menjadi kesalahan sekiranya ahli tidak taat dan patuh kepada arahan parti, berdasarkan kepada perlembagaan dan peraturan parti.

PAS Arah Tutup Mulut.  “Sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan mesti disalurkan melalui saluran parti di pelbagai peringkat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Takiyuddin berkata, larangan itu dibuat bagi menjamin kebebasan bersuara dan pada masa yang sama mengawal serta memelihara kerahsiaan organisasi.

“PAS mengingatkan ahli-ahli menjadi kesalahan tatatertib sekiranya seseorang ahli melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Sebarang keengkaran terhadap perintah ini membolehkan seseorang ahli dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib parti,” katanya.


PAS Arah Tutup Mulut


Takiyuddin bagaimanapun tidak menyatakan apakah sebab tindakan itu diambil, namun dipercayai disebabkan kenyataan menantu Presiden PAS, Zaharuddin Muhammad mendedahkan kewujudan “kartel dedak” dalam parti.

Abdul Hadi Awang bagaimanapun menafikan kenyataan Zaharudin bahawa wujud “kartel dedak” dalam PAS. Bahkan menolak dakwaan Zaharudin bahawa tindakannya itu mendapat restu dari Hadi.

Hadi menjelaskan isu pendedahan itu “kes lama” dan sudah selesai di mahkamah dan pimpinan PAS maklum akan perkembangan terbaru isu itu.

PAS Arah Tutup Mulut. Zaharudin sebelum ini membangkitkan isu rakaman audio Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bercakap mengenai dakwaan Umno memberi dana kepada PAS dan mengkritik kumpulan yang digelar “kartel dedak”. - fmt



    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Arah Tutup Mulut"

Posting Komentar