Loading...
KUANTAN 13 Mei - Penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinasihat agar berwaspada dengan tawaran pinjaman wang secara mudah oleh syarikat pemberi pinjaman yang mendakwa mereka ejen Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) terutamanya menjelang musim perayaan ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya menerima aduan terdapat syarikat pemberi pinjaman yang mendakwa mereka sebagai ejen ANGKASA yang menawarkan pinjaman segera kepada penjawat awam dan GLC.
“Mereka (syarikat pemberi pinjaman) akan menampal iklan yang mendakwa mereka dari badan koperasi tertentu yang dapat membantu menguruskan pinjaman wang dengan kadar yang pantas.
“Mereka juga menarik minat bakal peminjam dengan memberitahu pinjaman yang diberikan ini boleh dibayar melalui potongan gaji memandangkan bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji ini hanya dapat dibuat oleh kakitangan awam dan GLC sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Fattah berharap penjawat awam atau GLC yang mahu melakukan pinjaman supaya menyemak status syarikat itu jika benar ia mewakili koperasi supaya tidak menjadi mangsa.
“Kita memohon mereka yang ditipu dengan tawaran pinjaman seperti ini oleh syarikat atau individu yang mendakwa ejen ANGKASA supaya membuat laporan polis untuk siasatan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.
Setakat ini, terdapat kira-kira 800 koperasi yang memperoleh kebenaran menawarkan pinjaman wang kepada anggota termasuklah kepada penjawat awam dan GLC.
“Bagaimanapun, hanya separuh sahaja iaitu 400 koperasi yang aktif,” katanya.
Beliau turut menasihati badan koperasi yang menawarkan pinjaman yang sah supaya menguruskan setiap permohonan dengan telus dan profesional tanpa membebankan peminjam. - BERNAMA
“Mereka (syarikat pemberi pinjaman) akan menampal iklan yang mendakwa mereka dari badan koperasi tertentu yang dapat membantu menguruskan pinjaman wang dengan kadar yang pantas.
“Mereka juga menarik minat bakal peminjam dengan memberitahu pinjaman yang diberikan ini boleh dibayar melalui potongan gaji memandangkan bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji ini hanya dapat dibuat oleh kakitangan awam dan GLC sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
“Kita memohon mereka yang ditipu dengan tawaran pinjaman seperti ini oleh syarikat atau individu yang mendakwa ejen ANGKASA supaya membuat laporan polis untuk siasatan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.
Setakat ini, terdapat kira-kira 800 koperasi yang memperoleh kebenaran menawarkan pinjaman wang kepada anggota termasuklah kepada penjawat awam dan GLC.
“Bagaimanapun, hanya separuh sahaja iaitu 400 koperasi yang aktif,” katanya.
Beliau turut menasihati badan koperasi yang menawarkan pinjaman yang sah supaya menguruskan setiap permohonan dengan telus dan profesional tanpa membebankan peminjam. - BERNAMA
Loading...
0 Response to "Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa"
Posting Komentar