Loading...
Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya mengambil iktibar daripada Jakarta. Memberi muka kepada orang yang merasa diri mereka lebih Islam daripada orang lain padahnya ialah huruhara dan rusuhan.
Wajib untuk kerajaan bertindak sekarang dari terus membiarkan benih benih huruhara bercambah makin subur!
Politik matang tidak berguna untuk puak penunggang agama dan bangsa ini.
Cegah sebelum parah!
Wakil rakyat adalah wakil untuk semua
Ramadan merupakan bulan yang mulia dan suci bagi umat Islam. Sebagai wakil rakyat di negara yang berbilang kaum dan agama, seharusnya pemimpin DAP diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyantuni dan mendekati rakyat yang memilih mereka – baik yang beragama Islam mahupun yang berlainan agama.
Prasangka buruk seperti yang dilemparkan oleh Ahmad Dusuki ini hanya wujud tatkala PAS sendiri dilanda krisis kepimpinan akibat segelintir pemimpin parti itu yang digelar ‘kartel dedak’ oleh pemimpin PAS yang lain.
Tuduhan bahawa terdapat agenda tersembunyi apabila wakil-wakil rakyat DAP dijemput dan hadir meraikan program-program di dalam bulan Ramadan ini sangat dangkal. Wakil rakyat DAP – termasuk yang beragama Islam – yang dipilih oleh rakyat termasuk pengundi beragama Islam berhak dan bertanggungjawab bersama-sama rakyat menjalankan ibadat puasa serta majlis-majlis dan acara-acara pada bulan suci ramadhan.
Sebenarnya ini menunjukkan sikap dengki beliau yang cepat melatah apabila pemimpin DAP diterima oleh segenap masyarakat, sedangkan beliau sendiri tewas di kerusi DUN Kota Anggerik yang mempunyai majoriti pengundi Melayu Islam pada PRU ke-14 yang lalu. Rakyat celik mata menilai, dan tidak lagi memilih semata-mata berdasarkan kaum dan agama.
Sebelum ini, beliau juga pernah berdoa dan menggambarkan PAS sebagai menentang Pakatan Ahzab ketika PRU ke-14 yang lalu. Perang Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah. Namun, takdirnya PAS tewas di kerusi yang beliau tandingi tersebut.
Hari ini beliau menggambarkan pula dirinya sebagai dilatih dengan kefahaman Perang Badar, di mana umat Islam diperangi di dalam bulan Ramadan. Persoalan saya, di manakah kewajarannya apabila wakil rakyat DAP berbuka puasa bersama penduduk-penduduk di kawasan yang mereka wakili disamakan dengan situasi semasa Perang Badar? Bukankah ini sebenarnya satu contoh solidariti yang sudah lama kita amalkan di negara ini?
Ustaz Ahmad Dusuki nampaknya perlu lebih mendalami ilmu Sirah sebelum melontarkan tuduhan-tuduhan tanpa asas seperti ini. Adakah mereka yang menjadi kartel dedak dan makan rasuah dibatalkan dosa mereka sekiranya sujud dan sembahyang?
Adakah PAS hendakkan sebuah Malaysia di mana yang beragama selain Islam dihalang bersama-sama meraikan acara dan perayaan Islam? Adakah PAS hendak mengasingkan rakyat Malaysia mengikut agama dan kaum serta menghalang pergaulan di antara muslim dan yang beragama lain?
Umum mengetahui, Deklarasi Shah Alam yang diluluskan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menegaskan semula bahawa DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia. Ia juga mengulangi komitmen DAP kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Namun, ketika rahsia pimpinan mereka mengambil wang UMNO terlondeh, PAS tangkis menutup kelemahan mereka dengan mengarahkan agar ahli-ahlinya tidak membicarakan isu tersebut secara terbuka dan menyerang DAP.
Sehingga hari ini, belum lagi kedengaran walau satu kenyataan maaf daripada pimpinan mereka kepada ahli-ahli mereka mengenai isu tersebut. PAS sepatutnya menggunakan kedatangan Ramadan ini dengan menginsafi kelemahan mereka dan tidak lagi membudayakan politik kotor seperti ini.
DAPSY mencadangkan kepada Ahmad Dusuki supaya bukalah mindanya yang tertutup, putihkanlah hatinya yang hitam, jernihkan pemikirannya yang keruh, dan baikilah sangkaannya terhadap orang lain yang buruk pada bulan Ramadhan yang suci ini. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai madrasah untuk menyemai hubungan yang baik sesama agama demi kemakmuran bersama tanpa sengketa dan prejudis.
Marilah kita sama-sama renungkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. – Roketkini.com
*Farhan Haziq bin Mohamed adalah Setiausaha DAPSY Damansara dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Loading...
0 Response to "Rasuah Skandal Land Swap RM500 juta..Hisham & Zahid akan soal siasat! Cegah sebelum parah! Kerajaan PH ambil iktibar daripada Jakarta! Prasangka buruk dilemparkan Ahmad Dusuki wujud tatkala Pas dilanda krisis kepimpinan Kartel Dedak [Video NFC BELUM LUNAS HUTANG RM248.9 JUTA]"
Posting Komentar