Loading...

Rayuan Najib Gagal

Loading...
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan peguam kanan Gopal Sri Ram boleh terus mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1MDB melibatkan Najib Razak.

Hakim Zabariah Mohd Yusof, dalam mempengerusikan panel hakim, memutuskan rayuan bekas perdana menteri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonannya menggugurkan Sri Ram sebagai tiada merit.

“Perayu (Najib) mendakwa Sri Ram terlibat dalam proses penyiasatan 1MDB dan perlu digugurkan.

“Bagaimanapun, Sri Ram dalam afidavitnya menafikan dia terlibat dalam siasatan itu dan dia dilantik oleh peguam negara untuk mengetuai pendakwaan 1MDB pada 31 Ogos 2018,” katanya dalam menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah.

Hakim lain ialah Lau Bee Lan dan Rhodzarian Bujang.

Zabariah berkata, tiada bukti menunjukkan Sri Ram yang juga bekas hakim, bias terhadap Najib dalam proses pendakwaan.

“Beban itu adalah pada perayu (Najib) untuk menunjukkan bukti dan bukan tuduhan kosong,” katanya.

Beliau merujuk kepada aduan Najib terhadap tindakan Sri Ram membantah jaminan pada 20 September lalu apabila Najib didakwa di Mahkamah Sesyen atas 25 pertuduhan melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram dalam pemindahan wang 1MDB ke akaunnya.

Panel itu juga tidak bersetuju Najib akan dibenarkan melalui perbicaraan yang adil jika beliau tidak dapat melihat surat pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa fiat dalam kes 1MDB.

Peguam Najib, Shafee Abdullah berkata, kumpulan pembelaan akan merayu terhadap keputusan hari ini dan mendapatkan korum 7 hakim untuk mendengar rayuan tersebut.

“Kami sedang membuat permohonan lisan kepada mahkamah untuk mendapatkan keputusan penuh mahkamah hari ini secepat mungkin,” katanya, sambil menambah perbicaraan kes 1MDB akan bermula 19 Ogos hingga November 14.

Menjawab perkara itu, Zabariah berkata panel akan mengeluarkan keputusan penuh bertulis hujung minggu depan.

Mac lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes 1MDB.

Collin Lawrence Sequerah, hakim kes tersebut berkata, tiada bukti menunjukkan Sri Ram berlaku bias sebagai timbalan pendakwa raya dalam mengendalikan kes tersebut.

Katanya, Najib tiada hak menuntut Sri Ram menunjukkan surat pelantikannya sebagai pendakwa fiat dan surat tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Najib memohon untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa fiat untuk 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dalam pemindahan wang 1MDB ke akaunnya. - fmt




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rayuan Najib Gagal"

Posting Komentar