Loading...

Salah faham kerangka asas CEFR di kalangan guru, ibu bapa

Loading...
CEFR tu apa? (Part 1)

I'm going to start a series of Facebook entries to address CEFR, CEFR-aligned curriculum and anything related to the English language curriculum.

Tujuannya untuk menjelaskan pelbagai isu salah faham berkenaan Kurikulum B. Inggeris yang dijajarkan kepada CEFR. Ditulis untuk parents dan guru-guru yang masih belum betul faham mengenai kurikulum ini.

Before we start.

Disclaimer: Although I work at the Curriculum Development Division, my personal view does not represent CDD or the MoE. I will try to address questions related to my post, but if I don't, feel free to reach out to CDD using the official channel. The aim of the posts is just to clarify and explain the current policy undertaken by the MoE to improve English language education in Malaysia. So many hardworking people are behind this policy, so I don't want ignorance undermines all the hardwork that have been put years ago. If you are quite new to my style of writing, get used to it. Saya selalu guna dua bahasa dan loghat nogoghi wherever possible.

Disclaimer: Walaupun saya bekerja di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), pendapat peribadi saya tidak mewakili BPK atau KPM. Saya akan cuba untuk menjawab persoalan berkaitan dengan nota yg ditulis, tetapi jika tidak dijawab, anda boleh bertanyakan soalan kepada BPK melalui portal BPK. Tujuan nota ini ditulis hanya untuk menjelaskan polisi terkini berkaitan penambahbaikan mata pelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia. Terlalu ramai mereka-mereka yang berkerja keras di belakang tabir, jadi saya tidak mahu kejahilan sesetengah pihak menjejaskan kerja yang telah berlangsung sejak bertahun yang lepas. Jika anda masih baru mengikuti nota saya, macam ni lah stail penulisan saya. Saya selalu menggunakan dua bahasa dan loghat negeri saya.
CEFR tu apokobondo?

CEFR (Sebutan: Sii-Ee-Eff-Arrr, bukan sifer), atau Common European Framework of Reference for Languages itu adalah sebuah kerangka rujukan yang digunakan sebagai penanda aras untuk 4 skill bahasa, iaitu Listening, Speaking, Reading and Writing.

Digunakan untuk apa-apa bahasa pun. English, Spanish, Korean, Japanese, Greek.

Salah faham mengenai CEFR:

1) Ramai yang mengatakan bahawa 'CE' dalam 'CEFR' tu merujuk kepada Cambridge English. Tak betul, okay.
2) Ada juga yang mengatakan 'E' dalam CEFR tu merujuk kepada English. Tak pun Exam. Juga tidak betul.
3) Ramai pulak yang kata CEFR tu exam mcm IELTS. Juga tidak betul.
4) Ada yg kata CEFR tu susah. Sangat juga tidak betul.
5) Ada pulak yg kata CEFR tu untuk British English je. Pun tak betul.

Dah tu apa yang betul?

1) CEFR tu cuma menyatakan apa sorang pelajar tu boleh lakukan (boleh berkomunikasi) mengikut tahap-tahap menggunakan 'can-do' statements.

Contohnya:
I can introduce myself and family members.
I can understand almost everything I heard with ease.

2) CEFR mempunyai 6 tahap

Tahap paling basic (rendah): A1 dan A2
Tahap sederhana: B1 dan B2
Tahap paling tinggi: C1 dan C2

A1 dan A2

Pada tahap ini, seorang pelajar bahasa boleh menggunakan bahasa yang dipelajari untuk berkomunikasi mengenai diri sendiri, family, rakan-rakan dan keperluan mereka. Tahap ini tahap yang basic, biasanya pelajar itu boleh menjawab soalan yang basic jugak. Kadang-kadang, bila cakap dengan pelajar tu, dia tak faham sangat, jadi you kena cakap slow-slow bagi paham (mcm cara you all berkomunikasi dengan pekerja asing kat pam minyak tu la)

Contoh-contoh ayat pelajar yg masih di A levels:

- What is your name? I'm Azmira.
- Mu duduk mano?
- Sey duk samo omak, abah ngan adek sey.
- Puhuisitteko hieman hitaammin? (Finnish: Boleh cakap pelan sikit?)

B1 dan B2

Pada tahap ini, pelajar itu boleh menggunakan bahasa yang dipelajari untuk berkomunikasi mengenai pelbagai jenis topik, contohnya mengenai percutian mereka, minat dan hobi, bercerita mudah, memberi direction atau arahan, dan beri pendapat. Pelajar tahap B boleh berkomunikasi dengan agak lancar.

Contoh-contoh ayat pelajar B levels:
- I think I would like to get some donuts before I go to school today.
- To get to the mosque, turn left, go straight for about 100m and then turn another left.
- Pada masa lapang, saya suka melawat muzium. Muzium kegemaran saya adalah muzium seni Islam kerana bahan pamerannya yang berkualiti.

C1 dan C2

Pada tahap ini, pelajar bahasa itu sudah sangat mahir dan boleh berkomunikasi secara kompleks. Pelajar itu boleh memberi pendapat menggunakan perkataan yang tepat. Boleh present assignment depan kelas kat university menggunakan bahasa dan istilah yang tepat. Boleh faham lawak dalam bahasa tersebut.

Contoh-contoh ayat pelajar C levels:
- The proximity of the sensors to the organ or joint they are measuring means they are able to take highly accurate readings.
- What did the DNA say to the other DNA? Do these genes make me look fat?

Ok pahe dok? Rasa-rasa anda kat level mana? (Takde masalah pun if you cakap english bunyi malaysia)

Self-diagnose diri sendiri:
BM - native level
English - C level
Finnish - A level

Part 2 akan menyusul (bila rajin), mengenai kenapa CEFR framework ini bagus dan kurikulum, peperiksaan dan buku teks kita dijajarkan dengan kerangka ini. Stay tuned, acewah.

Sumber: Azmira Amran
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Salah faham kerangka asas CEFR di kalangan guru, ibu bapa"

Posting Komentar