Loading...
KOTA BHARU 5 Mei - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyeru agar semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara segera mewujudkan Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga di sekolah masing-masing sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan.
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pelaksanaan kod etika atau peraturan ke atas ibu bapa itu penting demi menjaga kebajikan dan keselamatan guru khususnya ketika berada di kawasan sekolah.
Beliau berkata, sejak arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan hujung tahun lalu, pihaknya mendapati sambutan dari sekolah seluruh negara amat dingin atas alasan terlepas pandang mengenai arahan tersebut.
“Kita anggarkan 14 buah sekolah sahaja setakat ini menguatkuasakan Kod Etika Ibu Bapa itupun atas inisiatif NUTP yang turun ke sekolah terbabit di seluruh negara dari awal tahun ini.
“Arahan menerusi surat siaran yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan itu sudah jelas memberi mandat kepada pihak sekolah supaya mewujudkan kod etika dengan permuafakatan dan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing.
“Sekolah perlu ada kod etika tetapi kita tengok sambutan perlahan, ia tidak menjadi keutamaan sekolah, kesannya adalah kepada guru, apabila ibu bapa masuk sekolah bawa topi keledar dan naik angin boleh cederakan,” katanya selepas melancarkan Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sekolah itu di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi NUTP negeri, Johari Ahmad dan Pengetua SMK Penambamg, Omar Ab Rahman.
SMK Penambang adalah sekolah pertama di negeri ini yang melancarkan kod etika tersebut.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihak NUTP telah mula merangka kod etika ibu bapa sejak 2017 bersama pelbagai pihak selepas menyedari peraturan sedia ada yang digunapakai di sekolah tidak cukup mantap untuk menjaga kebajikan dan keselamatan guru.
“Kita membuat rangka kod etika ini merujuk kepada yang telah digunakan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India tetapi kita masukkan elemen tempatan sesuai dengan budaya di Malaysia.
“Cadangan kod etika ini kita serahkan kepada pihak Kementerian Pendidikan supaya dijadikan panduan asas, namun pihak kementerian mahu sekolah wujudkan kod etika sendiri berasaskan kepentingan dan budaya setempat di setiap sekolah, contohnya suasana di Kuala Lumpur sudah tentu berbeza dibandingkan Penambang,” katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya yakin penguatkuasaan kod etika itu mampu dilaksanakan di kesemua 10,000 sekolah di seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini melalui kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Segera laksana kod Etika Ibu Bapa & Penjaga - NUTP"
Posting Komentar