Loading...

Status Penarikan Diri Malaysia dari Statut Rome! Sebenarnya tiada peruntukan perlembagaan PAS untuk menangani isu geng kartel dedak & UmnoBN pindah pengundi tentera secara haram: 3 kerusi UMNO goyang? [Video BINA KEM TENTERA DEMI MENANGKAN MENTERI UmnoBN?]

Loading...
Khamis, 16 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Status Penarikan Diri Malaysia dari Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum

HARI INI BERSORAK SEAKAN TIADA KARTEL DEDAK
Heboh dan bersorak mengenai Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) tidak merestui tindakan Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) mendedahkan geng kartel dedak. Kononnya, segala dakwaannya macam kosong dan tiada apa-apa.
Itu semua mainan sibertroopers yang ingin mengalih dan mencipta persepsi, seakan-akan dedak dan suapan tiada dalam PAS. Padahal, UZM belum dipanggil lagi oleh Jawatankuasa Disiplin untuk membuktikan UZM bersalah.
Sebenarnya, wujud kesangsian terhadap Jawatankuasa Disiplin itu sendiri yang sehingga hari ini, YB Ustaz Nik Abduh (UNA) menerima suapan dari UMNO, tiada langsung menerima tindakan. Adakah Jawatankuasa Disiplin PAS sudah merestui suapan tersebut. Kalau ya, mengapa tidak dedahkan. Dan jikalau tidak, mengapa tiada tindakan?
Oleh demikian, begitulah juga. Sedang sibertroopers geng kartel dedak sedang bersorak bergembira, tidakkah UZM juga tidak menerima apa-apa tindakan. Hanya berjumpa dan bersua, yang akhirnya, tiada apa-apa tindakan.
Mengapa saya berkata sedemikian? Jawatankuasa Disiplin sebenarnya tiada apa-apa kuasa terhadap suapan kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia memperuntukan apa-apa tindakan terhadap gejala suapan dan rasuah.
Tahun lepas, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pernah mengusulkan diwujudkan Jawatankuasa Integriti bagi menangani masalah dedak, suapan dan rasuah. Namun, apabila hari Muktamar PAS 2018 berlangsung, usul tersebut tiada dalam buku Muktamar.
Jelasnya, akan tiada apa-apa tindakan terhadap UZM sebagaimana tiada tindakan terhadap UNA kerana Jawatankuasa Disiplin tiada peruntukan perlembagaan PAS untuk menangani isu geng kartel dedak.
Kerdit: Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Pindah pengundi tentera secara haram: 3 kerusi UMNO goyang?

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini didakwa memindahkan pengundi tentera ke empat kawasan Parlimen bagi memberi kelebihan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu.
Empat kerusi Parlimen berkenaan disandang pemimpin BN iaitu Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Dr S Subramaniam (Segamat) dan Ismail Sabri Yaakob (Bera). Hanya Subramaniam tewas pada PRU lepas.
Dakwaan itu timbul berdasarkan laporan audit khas oleh mantan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang yang ditugaskan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat urusan niaga meragukan di bawah pentadbiran sebelum ini, bermula dengan Kementerian Pertahanan.
Pengerusi SPR baharu, Azhar Azizan Harun seperti dilapor media pada Rabu minggu lalu berkata, beliau mengambil maklum mengenai dakwaan itu dan akan menunggu laporan lengkap sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sebelum PRU14, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapati ribuan pengundi tentera dipindahkan dan keluar dari tiga kawasan pilihan raya.
Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman berkata seramai 1,079 pengundi tentera dipindahkan ke kem Segamat di Johor, 1,234 ke kem Bera di Pahang dan 1,411 ke kem Hutan Melintang di Perak. – Roketkini.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Status Penarikan Diri Malaysia dari Statut Rome! Sebenarnya tiada peruntukan perlembagaan PAS untuk menangani isu geng kartel dedak & UmnoBN pindah pengundi tentera secara haram: 3 kerusi UMNO goyang? [Video BINA KEM TENTERA DEMI MENANGKAN MENTERI UmnoBN?]"

Posting Komentar